Saturday, January 20, 2018

Aperrrr, dah 2018?!

As salam,

Masa memecut tanpa menoleh ke belakang,  cuma kau jek suka throwback .
Mengenang kisah lalu,  kadang-kadang boleh lah tengok sejarah agar jadi pengajaran.

walaupun banyak betul memori hilang.. #faktorusia.

Meh lah baca aku nak throwback aku punye tahun 2017 pada ketika nak hujung Januari 2018 ni ,sebelum banyak lagi aku lupa.

Januari -Jun 2017(kot, masyaAllah)

Aku kerja sebagai sales girl..
Atau product specialist nama postnye.
Tapi, tak special sangat lah aku nye pun... Hahaha.
Nampaknya harapan aku nak kerja lama tak menjadi macam kat entri aku dulu, tak kesampaian.
Kita merancang, tuhan menentukan.



post review tahun 2016

Nak cerita pasal kerjaya pilihan dan kerja-kerja aku dulu , tapi macam banyak sangat nak buat summary , yelah makin panjang umur ni, makin banyak plot cerita ye dak. klik je lah post zaman purba tu.

Bak kata kawan aku, si suami Atul, aku kalau jumpa kau, mesti tanya, kerja mana sekarang ni.
Dek banyak tukar kerja.
Haha, hampeh.

Tak semua kerja tu, semua orang boleh  buat.
Sama juga bidang sales, it's not for everybody. Maybe I'm wrong. No?

Berhenti tanpa dapat kerja lain lagi, aku plan nak bercuti, macam aku buat tahun lepas.
Kelakar bila, ex-colleague aku tanya, you nak buat ape lepas ni?
Aku jawab buat masa sekarang aku nak travel.
Dia tanya nak pergi mana,
Guess what?
Aku cakap, nak pergi Perak. P. E.R.A.K

Dia sengih, ingat, nak gi travel,around the world, gi US ke Australia mana kan.

Hahahaha. One fine day . InsyaAllah.

Tapi, nak pi Perak, untuk hiking dan bercuti pun tak menjadi kenyataan.
Aku okay.

Maka, bermulalah operasi mencari kerja, beberapa interview aku pergi.
Ada yang dapat, tapi aku tolak, atas beberapa faktor.
Tapi, aku kene cari jugak kerja sebab nanti abang aku kahwin, kena jumpa sedara-mara.
#nampaktakniatdisitu.

Sekitar Ogos, akhirya, aku diterima bekerja di kilang plastik. (lagi)
Bak kata mak aku pulak, asyik kilang plastik je..

Sebenarnya nak ringkaskan je, polimer kan berbagai-bagai .
plastik makanan, plastik tupperware, plastik perabot. plastik jantina #eh

Kerja bidang quality balik. Kerja kilang balik. Kerja hujung minggu balik.
Kerja hadap customer complaint balik (dan lebih  banyak jumlahnya).
Kerja balik lambat balik.Kerja stress balik.

Tapi, di setiap cabaran itu ada manisnya, aku jumpa, kawan-kawan yang masyaAllah baiknya.
Yang buat aku bertahan tak hantar surat letak jawatan sampai sekarang.
Haha. Love you girls.

So, seperti biasa, azam tahun lepas yang tak tercapai tu kita mula balik.
Nak join hiking sekali, last pergi October 2016, last makan angin September 2016.

Pergi Terengganu around March 2017, untuk suprise kan geng kite ork, sorang tu, Mat Keng kat kenduri kahwin dia, dan kawan lama aku di UiTM , Lisa.

Awhh, lamanya tak pergi kenduri kahwin member...
Tahun 2018, ni aku harap ada lah kawan-kawan rapat aku kahwin.
Siapa yang single tu ehemm, jemputlah kite kalau uols kahwin haha #boleh?


Itu sahaja coretan untuk tahun 2017, nampak ringkas dan tidak menarik bukan?
Haha. #insertemojisedih


Image result for demi masa sesungguhnya manusia kerugian

Saat berganti minit.
Minit berganti jam.
Jam berganti hari.
Hari berganti tahun
Tahun berganti dekad.
Dekad berganti abad.
Abad berganti kurun.

Toleh kembali apa yang kita telah capai dan apa yang telah kita tinggalkan.

Dalam meningkatkan taraf ekonomi kita, adakah kita juga meningkatkan iman kita.
Atau ekonomi jatuh, seiring dengan iman yang semakin lemah?



No comments:

Post a Comment

terima kasih sudi baca :D