Sunday, January 1, 2017

2016 dalam lipatan sejarah. Hai, 2017!

As salam,

Orang kata barang lepas jangan dikenang. Tapi, hat yang lepas tu elok di jadikan panduan. Tak gitu?

Okay, sebab aku malas dan korang pun bukan jenis rajin membaca kan..

Aku buat ringkasan 2016  sebab kata nak buat panduan tapi jenis yang kurang ikhlas.

Januari:
Hantar hard cover dissertation tapi nipis,  malas nak menulis kan... Tak faham lah,  kan benda nya sama jek, dok nak ulang-ulang bagi panjang. Bukan orang nak baca pun pepanjang tu.. Padia ntah
Pergi temuduga Aeon Management Trainee akhir bulan ni.

Februari: 
Tarikh rasmi tamat belajar 15 feb 2016. Cari kerja sebab nak duit.. Duit habis dah. Tak de rezeki lagi.

Mac: 
Tak de rezeki lagi. Pergi beberapa karnival kerjaya, open interview. Interview junior chemist di Senai, tapi tak de jawapan. Hiking di Gunung Arong, Mersing.

April:
Akhir bulan, Khamis, pergi open interview Jabatan Perangkaan Johor di Menara Tabung Haji. Walau mula-mula dia macam ragu-ragu nak amik sebab ada master. Tapi dia amik juga. Lepas tu Sabtu pergi konvokesyen, sedih sebab masa tu tak dapat kerja yang betul-betul lagi. Aku kerja kan sebab orang suruh. Jadi, malas nak fikir, konvo master,  tapi menganggur.

Mei:
Jawatan Pekerja Harian Sambilan.  Kerja banci orang kata. Gaji rm54 (kelayakan SPM) dan Hiking di Bukit Pasir, Sungai Pelepah Kiri.

Kat Jabatan Perangkaan , baru tahu proses banci  agak leceh dan kos nya agak tinggi nak sediakan borang, yang berhelai-helai dengan buku panduan, lepas tu nak dapat data lagi. Masa aku, buat Banci Ekonomi perkhidmatan,  tapi aku sempat buat industri makanan je lah.. Duk pergi kedai makan,  restoranan,  nak survey. Dah lah masa tu panas, pakai kereta kancil tak de aircond,  nak cari alamat, tak jumpa, alamat sama, tapi kedainya tak de, tuan kedai tak bagi kerjasama. Nama kedai, tapi alamat rumah, alamat tadika. Lepas tu balik jam,  aku buat kat kawasan Johor Jaya dan Masai.

Sekitar minggu ketiga bulan Mei, dapat interview di Kilang Plastik recycle.  5 minit lepas habis interview,  terus dapat jawapan diterima.

Berhenti jadi PSH. Sebulan je kerja. Masa hari aku cakap aku nak letak jawatan tu, Pegawai Perangkaan panggil aku, dia tanya ada mintak kerja lain tak, aku cakap ada. Laa, sayang.  Sebab dia kata kesian aku ada master tapi dapat gaji SPM. Dia cakap ada kekosongan PSH jawatan diploma gred 29 (kot) gaji RM74 sehari. Dia nak offer post tu.
Dia pujuk jugak. Tapi, dia faham. Aku suka sangat kerja kat situ, tak stress,  kawan baik-baik. Tapi apa boleh buat semua sebab faktor material. Gaji. Sebenarnya, sebab nak raya, aku kena jumpa sedara mara, jadi bila aku cakap aku dah kerja yang kononnya setara dengan pendidikan,  kira orang tak risau lah.. Lol #relativesarescary #butIlovethem 😂😂

Jun:
Agak sadis sebenarnya aku kembali ke kilang. Sebab,  antara tujuan aku berhenti kerja atas alasan untuk aku sambung belajar ialah aku stress kerja kilang, jaga quality.  Siapa yang pernah kerja kilang tahu, kena buat keputusan, kena selesai masalah, kena jawab dengan customer, kena hadap perangai pekerja, kena marah dengan bos. Jaga kualiti,  senang untuk dikata sukar untuk dikota. Gitu.

Ironinya, aku kembali ke kilang. Haha. Siapa suruh kau amik course Industry gile? Amik kursus industri tapi tak nak kerja kilang.
Aku sekali lagi kena jaga kualiti,  kali ini ikutkan kerja aku lagi susah dan stress. Tapi, aku tak buat pun.  kerja kilang aku sebelum berhenti sebab stress dan sambung belajar hanya 10% tahap stress dia berbanding kat sini.

Setiap hari pergi kerja sedih. Banyak faktor sebenarnya, manusia dan tempat.

Sebulan tahan lagi. Btw, aku sewa dekat Bukit Dahlia, kerja kat Tanjung Langsat. Kadang-kadang aku rasa homesick, aku balik rumah kat Pontian,  esoknya pergi kerja balik. Banyak kali gak aku ngantuk dan terpejam mata sambil drive, mujur tak accident.

Julai:
Aku cuba untuk bulan kedua,  tapi aku tak tahan dah. Tapi tak tahu pasai apa tahan lagi, mungkin sebab nak gaji.  Haha.

Ogos:
Minggu pertama bulan ketiga, aku terus berani kan diri hantar surat.
Yang kelakarnya, aku tak payah beritahu manager aku. Dia datang tempat aku, tengok aku tengah syok borak sambil, dok buat sampul surat pakai kertas A4, PC terpampang resignation letter, atas meja bersepah surat letak jawatan 😂😂

Dia borak dengan aku consultation lah kan.
Lama jugak, dia cerita pengalaman dia, bukan mudah dia cakap, dulu dia lagi susah. Tapi, ada faktor yang buat dia bertahan. Aku cakap, aku tak nak jadi macam dia. Aku nak hidup yang seimbang dan gembira. Dia bagi aku masa fikir.

Besok, aku jumpa dia, aku cakap aku dah buat keputusan.
Aku nak berhenti jugak. Dia tanya kenapa?
Aku cakap,  sebab aku tak happy.
Dia tak cakap apa. Dan suruh aku bagi sendiri kat Managing Director.

Sekali lagi aku ada sesi soal jawab, pendek cerita, aku tekad dengan keputusan aku, aku tak share same visi dengan dia. Aku tak sanggup. Aku ingat nak sambung belajar. Aku tak boleh teruskan kerja tu, dan aku tak nak buang lebih banyak masa dia dan masa aku.

Ya, mungkin aku silap, tapi yelah, aku pun tak tahu, yang aku memang tak boleh tahan langsung.  Huhu.

Lepas berhenti,  aku lah manusia paling happy di alam semesta.

September:
Haha, takkan nak masuk balik kerja banci kan,  nak ke orang terima balik. Tak malu ke? 😂 Aku memang target nak cari kerja yang tak tension, gaji tak banyak tak pe. Aku tak kisah orang nak cakap apa. Cuti mesti dua hari seminggu. Kalau kerja hujung minggu aku tak mau.

Bercuti ke Langkawi dan Perlis. Ini hasil duit kerja dua bulan setengah tu.. Huhu.. Sedar diri duit tak banyak, bercuti tetappp..

Oktober:
Hiking di Terengganu, bukit Keluang dan Gunung Tebu. Best dapat jumpa kawan-kawan,  jalan kat Terengganu. Tenang jek darul Iman ni.

Aku masuk Coway, jadi aku pernah join booth sekali selama sejam lebih je.. Hehe.. Sales tak de lagi.
Aku pergi banyak interview.

Interview di kilang plastik di Skudai. Quality Officer, pertama kali interview untuk  industri dalam bahasa Melayu. Tiba-tiba macam tak reti kau..huhu puiih.
Gedebak gedebuk. Last sekali dia tanya, sanggup tak kerja shift. Kerja 365 hari. Tak de cuti. Boleh cuti kalau mintak.

Kau rasa? Baik kau tanya soalan ni first sekali. Hmmmm, aku dah keberatan dah apa lagi.
Tak de panggilan lepas tu, tak dapat lettew.

Kerja kilang quality assistant supervisor, tak jauh dari kilang aku kat Ulu Tiram dulu.
Pergi je lah buat isi masa lapang, (hobi aku kat biodata: menghadiri temuduga kerja :P).
 Esoknya, dapat panggilan, aku dapat jawatan tu.
Tapi aku tolak, sebab mak aku tak berkenan, lagi pun aku ada rasa tak best, kang jadi macam dulu,  kerja tak happy, berhenti, lepas tu kang kena sewa rumah lagi semua. Gaji dan bidang kerja pun macam hmmmm.

Lepas tu pergi temuduga product specialist kat bukit Indah, lambat datang luls.
Kenapa nak kerja sales, kenapa berhenti kerja dua bulan je, kenapa???

Ada interview kedua di Shah Alam untuk product specialist ni. Gigih pergi. 3 orang interviewer, semua macam okay, last sekali HR tanya, awak muslim, mesti ada restrictions, kalau kami suruh awak jual barang dekat non-halal, Carlsberg ke, awak jual tak? Aku cakap tak. Kemudian, interviewer tu kata, okay, done.

Maka, agakan aku pada jawatan tu, mestilah tak dapat.

Pergi pulak interview Chemist kat kilang cat company Jepun. Ada 4 orang interview aku. Aku rasa tu paling banyak kot setakat ni dalam sejarah temuduga aku. 2 orang Jepun,  2 lagi orang Cina. Tanya banyak soalan. Agak meyakinkan.
Biasalah tanya soalan sama, kenapa berhenti dua bulan. Dia tanya nak sewa rumah atau berulang alik Pontian-Senai. Aku cakap aku ulang alik. Well, aku dah buat keputusan, aku akan cari kerja yang aku boleh ulang alik Pontian. Sebab Pontian tak nak amik aku bekerja, aku consider satu jam perjalanan tu okaylah. Kerja banci tu, aku ulang alik okay, bangun macam orang nak pergi noreh, kerja Pontian-bandaraya Johor Bharu tu.  Sebelum ni,  memang aku tak tahan, aku kan tak suka bawak kereta, jadi pada aku dok drive lama-lama setiap hari,ulang alik pergi kerja, buang masa tidur aku dan duit. Tapi, aku pun dah tak larat nak duk sewa bilik. Mak aku, walaupun dia asyik gaduh je dengan aku, tapi dia suka sebenarnya aku dok umah...😁😁

Interview di syarikat cat itu nampak macam ada harapan, tapi bila soal gaji dia agak keberatan sedikit.
Tapi aku berharap kat syarikat ni jugak. Sebab, ni peluang aku untuk kerja dengan orang Jepun, dan waktu kerja dia 5 hari je, dan bukan jaga production. So, kira okaylah kan walaupun kerja kilang..hehe.

Dalam masa yang sama juga, aku dapat panggilan temuduga dekat Batu Pahat sebagai RnD engineer di syarikat plastik injection molding.
Aku memang keberatan lah nak pergi,  sebab memang bukan kepakaran aku. Yelah, korang tahu lah kepakaran aku cuma merepek selain tu boleh tidur di mana-mana.

Jadi, aku berharap sangat-sangat aku dapat untuk salah satu jawatan,  sama ada product specialist atau chemist. Alhamdulillah,  product specialist yang aku ingat tak de harapan tu, offer aku.

Tapi, aku buat hal... Diaorang tanya aku, aku cakap terima. Lepas tu, dia orang bagi offer letter,  dekat situ ada tarikh bila kena return. Aku cuak, sebab, kilang cat tu tak bagi lagi jawapan. Aku memang pening, walaupun aku tak nak kerja kilang, tapi bidang sales juga agak menggerunkan. Huhu.

Aku beranikan diri mintak tangguh untuk return,  aku kan jujur orang nya, aku cakap sebab aku ada tunggu offer lain dan aku tak mahu kalau aku tak fikir betul-betul nanti aku kerja sekejap lepastu berhenti.

Korang kalau jadi company yang offer tu, korang nak tak lagi amik aku?

Tak nak kan.

Tapi, diaorang tak macam korang, dia terima penangguhan aku.

Kilang cat tu? Last-last dia tak amik aku pun hewhewhew. Aku tanya ejen, dia cakap mungkin faktor gaji dan lokasi aku, yang jauh pada diaorang.

Oh ya sementara aku pergi interview tu, aku jadi babysitter anak buah aku Iman Tariq,  berbakat jugak aku rupanya cebok berak budak. Bakal zauj, notice me please. Luls.

November:
21hb aku mula latihan di Shah Alam, berkorban sikit 2 bulan.  Lepas tu balik Johor yay. Masa ni juga kejadian pilu di PLUS

Disember: 
Sebulan dah duduk rumah mak cik ku,  Mak Cah. Terima kasih Mak Cah dan keluarga bagi anak sedara bermasalah dia ni tumpang.. huhu. Pening tak ingat latihan banyak gile produk weiiiii. Yang biologi lab lagi lah,  biol otak aku. Bila boleh balik duduk Pontian ni...

Cepat je kan masa berlalu, tahun 2016, bagai jalan masuk Felda, ada selekoh, ada naik bukit, turun bukit dan ada lurus  buat aku, dari pelajar, pemetik anggur, pembanci, QA, ejen penapis air Coway, pengasuh budak dan akhirnya Lab and chemicals sales trainee .


Boleh aku katakan, berjaya untuk dapat ijazah sarjana dan dapat kerja yang aku impikan (bukan kerja kilang, kerja 5 hari seminggu) adalah klimaks untuk  tahun 2016 bagi aku.


Hari ini 1 Januari birthday ayahku, panjangkanlah umur ayahku , Ya Allah, agar dapat aku menikmati tahun baru pada masa akan datang dengannya.Walaupun aku belum mampu beri dia apa-apa lagi. Ye lah kerja habiskan duit pak hang jek. Sabar ya ayah, anak tu kan ujian. Hehe.


Korang doakan lah jugak, agar aku bertahan dengan kerja aku sekarang, sebab tahun ni juga catat sejarah , aku pertama kali buat loan bank .. Arghhhhh



Siapa nak bayar ni  tiap-tiap bulan selama 9 tahun, kalau tak kerja #hambabank #kerjauntukbayarloan

Kata nak ringkasan tak ringkas jugak ni, berjela jugak aku merepek. Gambar pun dalam sejarah bubuhh dua je.


  1. Baiklah unuk tahun 2017, entah apa cerita pulak nanti. Entah Allah masih pinjamkan umur kepada kita lagi atau tak. Semoga kita dikuatkan iman, untuk perbaiki amalan dan berusaha mencapai kejayaan. Masa berlalu mendekati mati. Selamat menempuh cabaran mendatang.