Wednesday, August 2, 2017

Antara emak dan kekasih pujaan


As Salam,

Mengenangkan hubungan emak dengan anak, adalah perkara yang sangat ditekankan dalam agama selain hubungan suami isteri. Sebab semua orang mempunyai ibu,  tapi tak semua orang punya suami/isteri.. Ehemm..
Oleh yang demikian,  aku berceritalah pasal mak. 
Ramai orang baik dengan emak, mungkin sikit yang jahat dengan emak.
Aku bukan paling taat, selisih pendapat memang selalu, ada kala kongsi cerita, kadang buat apa yang disuruh tapi makan tahun, bagi duit kalau ada lebih #bukanbagisiapsiapsebagaikomitmenutama.. 😂 bila mintak tolong, ade jek alasan dengan tujuan hanya untuk annoy kan mak jek.
Macam aku dengan mak aku, 
Style aku cakap dengan mak aku mungkin tak sesopan santun korang. Aku belum attend kursus diraja cakap sopan-sopan maklumlah,  kena kursus 2 tahun sebelum nak masuk jadi kerabat.. Luls 

Walaupun biasa orang cakap,  masakan emak adalah yang terbaik. 
#memangmakakumasaksedappun. #bias
Emak-emak kita telah meletakkan standard yang tinggi dalam rasa masakan.
Pergi makan mana-mana,  mesti rasa masakan mak lebih sedap, lebih-lebih lagi kalau masakan tu, signature dish mak korang. Macam mak aku, asam pedas lah apa lagi, well orang Johor kan, tak makan asam pedas seminggu rase kekosongan dalam jiwa. 


Emak aku juga agak selamba,  walau aku adalah anak dia ni dah besar yang sampai sekarang,  dia bebel dan selalu kena marah.
Selamba sound aku di khalayak..  Perghhhhhh.. 
Rasa nak pakai visor tinted 5%.


Lepas gambaq ni, dia blah, malas nak layan aku bergambar.

  

Walaupun begitu, kadang - kadang mak aku layan jek perangai sengal aku.

Contohnya,  bila aku mintak dia buh nombor plate kereta dia sempena birthday aku.
Mak aku buh.. :D
Kot kot lah kan mak aku ingat birthday aku.. Mak aku jarang ingat birthday aku.. Lol #takkisahpun #sebabakuselalupunlupabirthdaydia

Guess what?



Macam tahun sebelum ni jugekk.

Fyi, birthday aku 6 Mei

Bila aku cakap aku nak pi satu cafe ni kat Damansara , dia buka pukul 3, gigih tunggu sebab urusan habis pukul 12pm.  Kalau tak boleh balik Johor terus.

Stalkers kafe by Fattah Amin, 
Mak aku pun layan kan aku..
Walaupun,  dia komplen lah cam biasa.
Ingat apa lah istimewa sangat.




Waffle,  eskrem, pisang. Menu paling lambat dapat.
 Aku tanya mana strawberry kat adik tu..
 Die cakap strawberry habis lah kak.
Macam tak biasa pulak kan kau, kalau gambar dalam buku menu sama dengan apa yang kau dapat, adalah satu rahmat okay.







Sian Fattah, cinta kita tak direstui,
Biarlah aku membawa diri.
Sepanjang perjalanan mak aku dok gelakkat aku pasal pergi kafe Fattah.
Ingat apalah yang istimewa sangat..

Nasi dengan daging kambing, air jus jambu, air kosong, dengan waffle tu dalam 40 ringgit lebih , campak resit mana tah  .
Tak boleh lah kau nak compare makanan kat kafe hiptser dengan kafe hostel korang. Luls.
Ada baca kat ruangan komentar instagram dia,

"Mesti tenang jiwa kau kan Fattah,  Alif Aziz buat hal, kalau tak orang asyik kutuk kau jek"..
#mudahterhibur #lebihkurangjek #yangpentingcapaimaksud #janganlahkitamengutukorang :P



Mak, mak! Cepat ambik gambar. Nampak, macam mak aku excited kan? walhal die  cam ek elehh




Surah Al-Isra’ ayat 24,
“Dan berbaktilah kepada keduanya dengan perasaan kasih sayang (yang mendalam) dan ucapkanlah, ‘Wahai Tuhanku (ALLAH) ! Kasihanilah keduanya (ibubapaku) sebagaimana mereka telah mendidikku sewaktu kecil.”.  sumber



Sekian, 

#malasnakbuatpenutup
#tajukmacambiasaoverrated


md: mak yang bayar kat kafe tu, aku benonye nak bayar, tapi dia tak terima kad  #niatada

Friday, July 14, 2017

Raya Ku Sendu

As salam,

Hai, masih hidup  lagi ke tu?

Amboi, soalan meminta sangat.

Ucaplah, Alhamdulillah,  syukur kita kepada Allah
#insertlaguRaihanbesertakompang

Dah lebih separuh tahun 2017 ni berlalu.
Amacam? Masih di jalan yang benar? Atau termasuk simpang lain?
Atau kena u-turn , start semula?

Takpe.

You're a winner even before you're born. 
You finished first when close to a billion were running after the same spot. You won in spermatozoids’ race to the egg, the mother of all competitions. 

#hahaha  #mampuih #orangnakquotediapunnakquotejugak #copypaste

Aku? Tak payah cerita. lol.. Nanti akhir tahun , aku buat kesimpulan.. huhu ke haha , kita tengok di hujung rancangan.

Tapi, yang penting aku kena update pasal raya, sebab raya setiap tahun, aku tak pernah miss nak buat entri.

Bukan apa, sebab sebelum ni, simpan dalam laptop, laptop rosak, simpan kat facebook, facebook aku hilang, simpan kat instagram susah nak scroll, simpan dalam belog jelah setakat ni tak pernah hilang, harap janganlah, aku terdelete..choi.
Walaupun raya kali ni agak sendu sikit.

Kenapa?



1.Baju raya

Oh My mahalnya..  Semua kat instagram yang aku follow range rm200 ke atas.. #tastetinggibajetrendah

Ingat nak redah pergi mall ke, jakel ke,   shopping last minute.. pasal aku fikir, mesti diaorang bagi kaw kaw diskaun.. Haram der, malas fikir ramai orang #iamanoldlady

Sempat beli satu baju kurung kain kapas bawah RM100 sebelum pembelian online ditutup sebab pos cuti raya.


2. Duit Raya

Duit raya tak tukar langsung, nasiblah, tukar duit dengan duit RM5  tabung kakak aku .. mujur ada. Siapa yang dapat, nasib lah. Tak dapat,  kita tengok  tahun depan insyaAllah kalau masih bernafas lagi.

3. Gambar Raya

Gambar raya tak banyak yang helok.
Aku tak boleh belog tanpa gambar, aku tak pandai mengarang ayat-ayat yang menarik.
Sebab tu aku selalu tipu letak gambar banyak, tu yang nampak belog aku macam panjang.. Mihihihi

Kamera antik kesayangan aku rosak, handphone pun nan hado.

Maka , apo yang ado ja lah jang oi.

4. Feeling raya.

Ketiga-tiga sebab di atas berpunca dari feeling dan roh nak raya tu tak berapa nak mai.
Mungkin sebab kau punya puasa tak berapa nak all out.. #insaf


Aktiviti raya aku sejak azali, memang sama, tapi aku tak pernah bosan.
Aku suka pergi rumah Pak Noi, sebab rumah dia Cans angat, selalu photoshoot raya.
Tapi, kali ni, pak aku nak balik cepat. Gambar nan hado ni jek lah, lighting teruk, kualiti ala-ala kamera VGA.
maka terpaksalah di black and white kan.




Maka, terimalah gambar keluarga Pak Daud  ala-ala tahun 1971 pada tahun 2017 ini.




Si Iman Tariq ni kak aku tak habis-habis kata anak dia handsome..Haha
Sementara dia kecil ni aku selalu dengki dia.. sebab oh my baby why you so cute?!
#Dahbesarajakbergustijekmacamabangdiakatbelakangtu



Iman Haidar dan Iman Tariq, memang biasa berebut perhatian 


The only niece, Kamilia Iman. Dah anak dara, oh my, selalu kacau dia masa kecik, video dia masa nangis dulu hilang ..Sedih! #shoulduploadinyoutube #nasisudahdimakandubuk



Ziarah kubur Atuk aku, Arwah  Abd Ghani bin Saat

Yang ni Mohamad Saad, dia konon macam kerabat dirajalah, ulang-ulang nama keturunan.. luls





Kubur arwah tok perempuan aku, Jamilah







Iman Haidar dengan idola dia, my hero, Daud Abd Ghani



Nasib baik, sepupu aku, skill fotografi ade, boleh lah amik gambar helok sikit.
Iman Haidar tergolong dalam golongan kanak-kanak yang jenis asal bergambar jek buat perangai.
Mengimbau betul zaman kanak-kanak aku, mesti kena marah bila bergambar.
Orang besar ni pun satu ek, budak mana boleh suruh-suruh, suruh dok diam , suruh senyum elok-elok, tapi dalam nada marah.
Apa lagi, nangis lah budak tu. Kan?
Kenapa wahai kanak-kanak, Kenapa???!! Kang dah besor gila pulak bergambar..hahaha


Inilah satu-satunya baju raya aku. 
Walaupun, gambar senget, mata tak berapa nak bukak , baju renyuk dan pose KAYU aku tetap suka baju kain kapas ni.. #ehem #nakjugakayutu #ifyouknowwhatImean #ohsayangakumalu

beli kat Petaleaf , kebaya peplum katanya.
Tudung ni pun aku suka, walaupun harga dia RM25, tapi dia punyak effect drape tu nampak macam tudung uhuk uhuk yang ratus-ratus korang beli tu  kan. #feelingsangatkauMun

Gambar dengan kawan-kawan tak banyak, sebab kawan aku muka sama jek siaran ulangan ala Astro. Haha, but I love them all. Laga pipi ciked.
Beriya sebelum raya, nak pergi rumah kawan-kawan sekolah rendah.. Nan Hado der, biasalah kita kan, semangat kat laman sosial je.

Jom lepak, jom jumpa , jom raya... kat facebook jeklah lepaknya.. hahaha


Dah lama gila rasa, tak ambil gambar feeling Msphotographer I Love You.
Nasiblah Nisak jadi mangsa aku, raya rumah dia dua kali, pergi mana-mana terpaksa jadi my other half ..sampailah dia kahwin nanti.








Jumpa Tubeng paling sekejap, janji jumpa. beraya dekat helipad dekat masjid UTM, masa dipenuhi dengan ambil gambar sahaja, tiada sesi melantak makanan. Dia ada Huawei P10 apa lagi, kita posinglah.


Sebab diaorang colour coordinate dengan langit, aku tak nak interframe



Suka gambar ni, walaupun kabuq, Suka angat mak hang tu gelak. 
Pertama kali jumpa baby Amar, anak Tubeng ni, oh my.. how time flies.


Baju tak ingat raya tahun berapa punya dah 2008/09 kot.
Konsep reuse diamalkan.
Rakyat tak kisah der, kau punya baju raya tahun berapa. Kau jek fikir deep.



Dulu, kamilah si bongsu yang spoiled, bermasalah , hopeless.
Sekarang tinggal aku jek hopeless.. luls







Tips untuk perasan diri lebih elok dalam gambar :

Kalau nak nampak muka cerah, pakai bedak dan jangan amik gambar dengan orang yang lebih cerah, kalau nak nampak tinggi, pakai kasut tinggi dan amik gambar dengan orang yang lebih rendah.
Kalau nak nampak muka kecil, atau kurus duk belakang, dan chin up sikit, jangan rapatkan dagu ke leher, seperti yang dibuat Tubeng ni.. #haha #lesungpipitmahal



Pergi kenduri kahwin kat Kota Tinggi, Syima, kawan masa kat UTM pun angkut Nisak, jadi partner aku. Cantik kan gambar ni, kalau aku pakai baju biru bedak.
Sepanjang perjalanan dari Pontian -Kota Tinggi-Skudai-Pontian ,aku dok bercerita pasal LoFattZura sampai dia suruh aku stop, sebab pening. Hahaha.
Aku lebih tahu perkembangan mereka daripada perkembangan diri sendiri.
Ya Allah, please guide me.





Geram sangat anak Imod ni, nak geget.
Aku lupa lah nama anak kau ni Mod.
Noah jek aku ingat. 
Gambar ngan kau, dan Cik kiah,  aku terdelete, nasib lah.
Lagipun ade ke patut, si Imod ni tak bagi kitaorang raya rumah dia.
Hampeh tol mak ko ni Noah.. 
 #harapImodtakbaca
#kalaubacaakumintakmaaflagisekalilah 

Konsep baju, apa yang ada dalam gerobok, pakai kemeja dengan kain baju kurung raya tahun 2012/13 .



Dengan sweet couple ni.  Bakal lahirkan genius Mathematik negara .
#gambarkualitirendahkitabuatapa?






Pau , Atul sekeluarga, #matamanamata dengan my idol aka my mother, Cikgu Jamilah.
Tengok, nama mak aku sama tau dengan nama mak mentua dia, a.k.a emak kepada suami mak aku a.k.a emak kepada ayah aku a.k.a atuk perempuan  aku

Aku tak panggil nenek, aku panggil arwah nenek aku, tok.




Sekian entri raya aku, terimalah gambar gorgeous aku hasil tangkapan Tubeng.









YPC 



Yang Paling Comel. I know.
😂😂😂
Terima Kasih.
 Minta Maaf Zahir dan Batin
Semoga berjumpa lagi raya tahun depan InsyaAllah.

Lots of Love, Less of Hate
#nakjugekk
💗💗💗💗💗💗

Sunday, January 1, 2017

2016 dalam lipatan sejarah. Hai, 2017!

As salam,

Orang kata barang lepas jangan dikenang. Tapi, hat yang lepas tu elok di jadikan panduan. Tak gitu?

Okay, sebab aku malas dan korang pun bukan jenis rajin membaca kan..

Aku buat ringkasan 2016  sebab kata nak buat panduan tapi jenis yang kurang ikhlas.

Januari:
Hantar hard cover dissertation tapi nipis,  malas nak menulis kan... Tak faham lah,  kan benda nya sama jek, dok nak ulang-ulang bagi panjang. Bukan orang nak baca pun pepanjang tu.. Padia ntah
Pergi temuduga Aeon Management Trainee akhir bulan ni.

Februari: 
Tarikh rasmi tamat belajar 15 feb 2016. Cari kerja sebab nak duit.. Duit habis dah. Tak de rezeki lagi.

Mac: 
Tak de rezeki lagi. Pergi beberapa karnival kerjaya, open interview. Interview junior chemist di Senai, tapi tak de jawapan. Hiking di Gunung Arong, Mersing.

April:
Akhir bulan, Khamis, pergi open interview Jabatan Perangkaan Johor di Menara Tabung Haji. Walau mula-mula dia macam ragu-ragu nak amik sebab ada master. Tapi dia amik juga. Lepas tu Sabtu pergi konvokesyen, sedih sebab masa tu tak dapat kerja yang betul-betul lagi. Aku kerja kan sebab orang suruh. Jadi, malas nak fikir, konvo master,  tapi menganggur.

Mei:
Jawatan Pekerja Harian Sambilan.  Kerja banci orang kata. Gaji rm54 (kelayakan SPM) dan Hiking di Bukit Pasir, Sungai Pelepah Kiri.

Kat Jabatan Perangkaan , baru tahu proses banci  agak leceh dan kos nya agak tinggi nak sediakan borang, yang berhelai-helai dengan buku panduan, lepas tu nak dapat data lagi. Masa aku, buat Banci Ekonomi perkhidmatan,  tapi aku sempat buat industri makanan je lah.. Duk pergi kedai makan,  restoranan,  nak survey. Dah lah masa tu panas, pakai kereta kancil tak de aircond,  nak cari alamat, tak jumpa, alamat sama, tapi kedainya tak de, tuan kedai tak bagi kerjasama. Nama kedai, tapi alamat rumah, alamat tadika. Lepas tu balik jam,  aku buat kat kawasan Johor Jaya dan Masai.

Sekitar minggu ketiga bulan Mei, dapat interview di Kilang Plastik recycle.  5 minit lepas habis interview,  terus dapat jawapan diterima.

Berhenti jadi PSH. Sebulan je kerja. Masa hari aku cakap aku nak letak jawatan tu, Pegawai Perangkaan panggil aku, dia tanya ada mintak kerja lain tak, aku cakap ada. Laa, sayang.  Sebab dia kata kesian aku ada master tapi dapat gaji SPM. Dia cakap ada kekosongan PSH jawatan diploma gred 29 (kot) gaji RM74 sehari. Dia nak offer post tu.
Dia pujuk jugak. Tapi, dia faham. Aku suka sangat kerja kat situ, tak stress,  kawan baik-baik. Tapi apa boleh buat semua sebab faktor material. Gaji. Sebenarnya, sebab nak raya, aku kena jumpa sedara mara, jadi bila aku cakap aku dah kerja yang kononnya setara dengan pendidikan,  kira orang tak risau lah.. Lol #relativesarescary #butIlovethem 😂😂

Jun:
Agak sadis sebenarnya aku kembali ke kilang. Sebab,  antara tujuan aku berhenti kerja atas alasan untuk aku sambung belajar ialah aku stress kerja kilang, jaga quality.  Siapa yang pernah kerja kilang tahu, kena buat keputusan, kena selesai masalah, kena jawab dengan customer, kena hadap perangai pekerja, kena marah dengan bos. Jaga kualiti,  senang untuk dikata sukar untuk dikota. Gitu.

Ironinya, aku kembali ke kilang. Haha. Siapa suruh kau amik course Industry gile? Amik kursus industri tapi tak nak kerja kilang.
Aku sekali lagi kena jaga kualiti,  kali ini ikutkan kerja aku lagi susah dan stress. Tapi, aku tak buat pun.  kerja kilang aku sebelum berhenti sebab stress dan sambung belajar hanya 10% tahap stress dia berbanding kat sini.

Setiap hari pergi kerja sedih. Banyak faktor sebenarnya, manusia dan tempat.

Sebulan tahan lagi. Btw, aku sewa dekat Bukit Dahlia, kerja kat Tanjung Langsat. Kadang-kadang aku rasa homesick, aku balik rumah kat Pontian,  esoknya pergi kerja balik. Banyak kali gak aku ngantuk dan terpejam mata sambil drive, mujur tak accident.

Julai:
Aku cuba untuk bulan kedua,  tapi aku tak tahan dah. Tapi tak tahu pasai apa tahan lagi, mungkin sebab nak gaji.  Haha.

Ogos:
Minggu pertama bulan ketiga, aku terus berani kan diri hantar surat.
Yang kelakarnya, aku tak payah beritahu manager aku. Dia datang tempat aku, tengok aku tengah syok borak sambil, dok buat sampul surat pakai kertas A4, PC terpampang resignation letter, atas meja bersepah surat letak jawatan 😂😂

Dia borak dengan aku consultation lah kan.
Lama jugak, dia cerita pengalaman dia, bukan mudah dia cakap, dulu dia lagi susah. Tapi, ada faktor yang buat dia bertahan. Aku cakap, aku tak nak jadi macam dia. Aku nak hidup yang seimbang dan gembira. Dia bagi aku masa fikir.

Besok, aku jumpa dia, aku cakap aku dah buat keputusan.
Aku nak berhenti jugak. Dia tanya kenapa?
Aku cakap,  sebab aku tak happy.
Dia tak cakap apa. Dan suruh aku bagi sendiri kat Managing Director.

Sekali lagi aku ada sesi soal jawab, pendek cerita, aku tekad dengan keputusan aku, aku tak share same visi dengan dia. Aku tak sanggup. Aku ingat nak sambung belajar. Aku tak boleh teruskan kerja tu, dan aku tak nak buang lebih banyak masa dia dan masa aku.

Ya, mungkin aku silap, tapi yelah, aku pun tak tahu, yang aku memang tak boleh tahan langsung.  Huhu.

Lepas berhenti,  aku lah manusia paling happy di alam semesta.

September:
Haha, takkan nak masuk balik kerja banci kan,  nak ke orang terima balik. Tak malu ke? 😂 Aku memang target nak cari kerja yang tak tension, gaji tak banyak tak pe. Aku tak kisah orang nak cakap apa. Cuti mesti dua hari seminggu. Kalau kerja hujung minggu aku tak mau.

Bercuti ke Langkawi dan Perlis. Ini hasil duit kerja dua bulan setengah tu.. Huhu.. Sedar diri duit tak banyak, bercuti tetappp..

Oktober:
Hiking di Terengganu, bukit Keluang dan Gunung Tebu. Best dapat jumpa kawan-kawan,  jalan kat Terengganu. Tenang jek darul Iman ni.

Aku masuk Coway, jadi aku pernah join booth sekali selama sejam lebih je.. Hehe.. Sales tak de lagi.
Aku pergi banyak interview.

Interview di kilang plastik di Skudai. Quality Officer, pertama kali interview untuk  industri dalam bahasa Melayu. Tiba-tiba macam tak reti kau..huhu puiih.
Gedebak gedebuk. Last sekali dia tanya, sanggup tak kerja shift. Kerja 365 hari. Tak de cuti. Boleh cuti kalau mintak.

Kau rasa? Baik kau tanya soalan ni first sekali. Hmmmm, aku dah keberatan dah apa lagi.
Tak de panggilan lepas tu, tak dapat lettew.

Kerja kilang quality assistant supervisor, tak jauh dari kilang aku kat Ulu Tiram dulu.
Pergi je lah buat isi masa lapang, (hobi aku kat biodata: menghadiri temuduga kerja :P).
 Esoknya, dapat panggilan, aku dapat jawatan tu.
Tapi aku tolak, sebab mak aku tak berkenan, lagi pun aku ada rasa tak best, kang jadi macam dulu,  kerja tak happy, berhenti, lepas tu kang kena sewa rumah lagi semua. Gaji dan bidang kerja pun macam hmmmm.

Lepas tu pergi temuduga product specialist kat bukit Indah, lambat datang luls.
Kenapa nak kerja sales, kenapa berhenti kerja dua bulan je, kenapa???

Ada interview kedua di Shah Alam untuk product specialist ni. Gigih pergi. 3 orang interviewer, semua macam okay, last sekali HR tanya, awak muslim, mesti ada restrictions, kalau kami suruh awak jual barang dekat non-halal, Carlsberg ke, awak jual tak? Aku cakap tak. Kemudian, interviewer tu kata, okay, done.

Maka, agakan aku pada jawatan tu, mestilah tak dapat.

Pergi pulak interview Chemist kat kilang cat company Jepun. Ada 4 orang interview aku. Aku rasa tu paling banyak kot setakat ni dalam sejarah temuduga aku. 2 orang Jepun,  2 lagi orang Cina. Tanya banyak soalan. Agak meyakinkan.
Biasalah tanya soalan sama, kenapa berhenti dua bulan. Dia tanya nak sewa rumah atau berulang alik Pontian-Senai. Aku cakap aku ulang alik. Well, aku dah buat keputusan, aku akan cari kerja yang aku boleh ulang alik Pontian. Sebab Pontian tak nak amik aku bekerja, aku consider satu jam perjalanan tu okaylah. Kerja banci tu, aku ulang alik okay, bangun macam orang nak pergi noreh, kerja Pontian-bandaraya Johor Bharu tu.  Sebelum ni,  memang aku tak tahan, aku kan tak suka bawak kereta, jadi pada aku dok drive lama-lama setiap hari,ulang alik pergi kerja, buang masa tidur aku dan duit. Tapi, aku pun dah tak larat nak duk sewa bilik. Mak aku, walaupun dia asyik gaduh je dengan aku, tapi dia suka sebenarnya aku dok umah...😁😁

Interview di syarikat cat itu nampak macam ada harapan, tapi bila soal gaji dia agak keberatan sedikit.
Tapi aku berharap kat syarikat ni jugak. Sebab, ni peluang aku untuk kerja dengan orang Jepun, dan waktu kerja dia 5 hari je, dan bukan jaga production. So, kira okaylah kan walaupun kerja kilang..hehe.

Dalam masa yang sama juga, aku dapat panggilan temuduga dekat Batu Pahat sebagai RnD engineer di syarikat plastik injection molding.
Aku memang keberatan lah nak pergi,  sebab memang bukan kepakaran aku. Yelah, korang tahu lah kepakaran aku cuma merepek selain tu boleh tidur di mana-mana.

Jadi, aku berharap sangat-sangat aku dapat untuk salah satu jawatan,  sama ada product specialist atau chemist. Alhamdulillah,  product specialist yang aku ingat tak de harapan tu, offer aku.

Tapi, aku buat hal... Diaorang tanya aku, aku cakap terima. Lepas tu, dia orang bagi offer letter,  dekat situ ada tarikh bila kena return. Aku cuak, sebab, kilang cat tu tak bagi lagi jawapan. Aku memang pening, walaupun aku tak nak kerja kilang, tapi bidang sales juga agak menggerunkan. Huhu.

Aku beranikan diri mintak tangguh untuk return,  aku kan jujur orang nya, aku cakap sebab aku ada tunggu offer lain dan aku tak mahu kalau aku tak fikir betul-betul nanti aku kerja sekejap lepastu berhenti.

Korang kalau jadi company yang offer tu, korang nak tak lagi amik aku?

Tak nak kan.

Tapi, diaorang tak macam korang, dia terima penangguhan aku.

Kilang cat tu? Last-last dia tak amik aku pun hewhewhew. Aku tanya ejen, dia cakap mungkin faktor gaji dan lokasi aku, yang jauh pada diaorang.

Oh ya sementara aku pergi interview tu, aku jadi babysitter anak buah aku Iman Tariq,  berbakat jugak aku rupanya cebok berak budak. Bakal zauj, notice me please. Luls.

November:
21hb aku mula latihan di Shah Alam, berkorban sikit 2 bulan.  Lepas tu balik Johor yay. Masa ni juga kejadian pilu di PLUS

Disember: 
Sebulan dah duduk rumah mak cik ku,  Mak Cah. Terima kasih Mak Cah dan keluarga bagi anak sedara bermasalah dia ni tumpang.. huhu. Pening tak ingat latihan banyak gile produk weiiiii. Yang biologi lab lagi lah,  biol otak aku. Bila boleh balik duduk Pontian ni...

Cepat je kan masa berlalu, tahun 2016, bagai jalan masuk Felda, ada selekoh, ada naik bukit, turun bukit dan ada lurus  buat aku, dari pelajar, pemetik anggur, pembanci, QA, ejen penapis air Coway, pengasuh budak dan akhirnya Lab and chemicals sales trainee .


Boleh aku katakan, berjaya untuk dapat ijazah sarjana dan dapat kerja yang aku impikan (bukan kerja kilang, kerja 5 hari seminggu) adalah klimaks untuk  tahun 2016 bagi aku.


Hari ini 1 Januari birthday ayahku, panjangkanlah umur ayahku , Ya Allah, agar dapat aku menikmati tahun baru pada masa akan datang dengannya.Walaupun aku belum mampu beri dia apa-apa lagi. Ye lah kerja habiskan duit pak hang jek. Sabar ya ayah, anak tu kan ujian. Hehe.


Korang doakan lah jugak, agar aku bertahan dengan kerja aku sekarang, sebab tahun ni juga catat sejarah , aku pertama kali buat loan bank .. Arghhhhh



Siapa nak bayar ni  tiap-tiap bulan selama 9 tahun, kalau tak kerja #hambabank #kerjauntukbayarloan

Kata nak ringkasan tak ringkas jugak ni, berjela jugak aku merepek. Gambar pun dalam sejarah bubuhh dua je.


  1. Baiklah unuk tahun 2017, entah apa cerita pulak nanti. Entah Allah masih pinjamkan umur kepada kita lagi atau tak. Semoga kita dikuatkan iman, untuk perbaiki amalan dan berusaha mencapai kejayaan. Masa berlalu mendekati mati. Selamat menempuh cabaran mendatang.