Thursday, March 17, 2016

Kau bila lagi?


As salam,



"Kau bila lagi?"


Macam biasakan dengar soalan ni? 

Biasanya, mod soalan ini akan lebih tinggi bila di kenduri kahwin, dan apabila kau masih bujang 
(duda dan janda termasuk ya)
Cerita kahwin memanglebih-lebih lagi dalam drama ..huh.

Berikut adalah pilihan jawapan yang biasa aku bagi, bila ditanya,
"Kau bila lagi?" ;


A. InsyaAllah. Doa-doakan lah ya.
B. Tunggu putera raja (masukkan nama anak sultan Johor ) ni ha.
C. Tunggu (masukkan nama artis lelaki, berubah-ubah bergantung tahap kepopularan dan kekacakan ketika itu) masuk minang.
D. .... *renyih =D
E. Kau carikanlah (biasanya bila kawan-kawan yang tanya)

Jawapan  yang diunjurkan oleh laman sosial seperti, 
Tanya balik, "Kau bila nak  mati? "
 (jodoh, ajal, maut, tanah kubur, rezeki adalah rahsia  Allah) memang tak lah wei.

Bila aku jawab A , respon orang akan berupa seperti, " eh , siapa?" ataupun " Macam dah ada jek?" ataupun " "Macam nak dekat jek"

Walaupun aku rasa jawapan A adalah yang paling baik dan sopan berbanding jawapan yang lain, namun, aku terpaksa untuk tidak memberi jawapan itu kerana ia lebih mendatangkan kepada soalan-soalan yang lebih mencabar minda . Akhirnya, jawapan B atau C akan diberikan dan disimpulkan dengan jawapan D.

 B adalah jawapan yang paling kerap aku bagi. 
Sebab biasanya orang malas nak layan lepas tu..huhu

Biasalalah, orang yang kita suka, biasanya dah berpunya ataupun tak suka kat kita... lulz, sedih.

Setakat ini, aku tak pernah stress dan sentap sebab aku feeling-feeling artis bila orang tanya.
Yelah, orang gojes memang selalu ditanya pasal ni
 (baca: Tunku Tun Aminah, Fazura, Nasha Aziz, Lofa, Fathia dan Jihan)

Jadi, kira bila orang tanya, kau feeling gorgeous, walaupun hakikatnya kau tidak lebih daripada melukut di tepi gantang.
Lagipun, aku anggap itu hanya buat modal tajuk borak,aku pun selalu jugak tanya orang jugak macam tu.
Tapi, aku kena akui ada orang yang sensitif dengan soalan sebegini sama macam orang dah lama kahwin tak dapat anak. Jadi, kenalah hati-hati jugak kekadang tu.

Pada aku, menjadi bujang tidak menjadi masalah besar. Lebih-lebih lagi, zaman sekarang orang lebih terbuka. Golongan lambat kahwin/tak kahwin adalah orang normal dan bukanlah suatu yang aneh.

Status bujang tidak sepatutnya membuatkan kita sedih.

Al-Baqarah : 216 
“Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui” 
 sumber


Banyak sebab untuk kita gembira dan tidak berkahwin bukan sebab untuk bermuram durja.


1. Mak dan ayah yang sihat walfiat dan aku masih belum cukup berbakti
2. Mbah yang aku belum cukup bagi layanan yang sempurna.
3. Kucing yang aku tak mampu bagi makan setiap hari.
4. Cita-cita peribadi yang belum kesampaian 
5.Kesihatan dan tubuh badan yang sihat.
6.Adik-beradik  dan kaum kerabat yang  baik.
7.Kawan-kawan yang jujur dan menggembirakan.
8. Anak-anak buah yang aktif.
9. Masa lapang yang aku boleh buat suka hati, namun belum dapat aku penuh manfaatkan dengan beribadat.
10. Tempat tinggal yang selesa.
11. Makanan yang mengenyangkan.
12. Tiada hutang yang membebankan (siapa yang aku hutang, tolong beritahu, dengan yuran UTM, MyBrain bila nak settlekan?)
13. Bebas berjalan keluar rumah, tanpa perlu minta izin dengan suami.

Senarai ni takkan habis, tengok sahaja diri, apa yang anda ada, muka yang sempurna, jari tangan yang cukup, perut tak buncit.

Dan walaupun  rasa tak cukup, kita harus bergembira dan bersyukur sebab masih bernafas kerana berbillion jasad di kubur ingin kembali ke bumi dan berada di tempat kita.


Kegembiraan adalah pilihan. Mengapa pilih untuk bersedih?

Al-Imran : 139
“Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yg paling tinggi derajatnya, jika kamu orang-orang yang beriman”

Kadang-kadang kita sibuk menyesali sesuatu yang kita tiada, sehingga kita buta untuk menghargai  apa yang ada di depan mata.


By the way, u olls sorry lah tak jemput kenduri kahwin I.

"Apa? Nak tahu dengan siapa?"






Apa korang ingat Meran jek reti edit gambo?

 #alangalangberangantubuhtiarasekali #janganmimpingeri
#jangancaciplease #editPaintlevel2juta

1 comment:

  1. hahaha.. ayat bawah tu win ! jap gi meran singgah sini

    ReplyDelete

terima kasih sudi baca :D