INSTAGRAM

Wednesday, January 27, 2016

DBSB Siri 20 : Cinta Si Wedding Planner Wani & Azri


As salam,

*Gosok mata-selet taik mata

Oh dah tahun 2016 rupanye .. HAAAA?! 27 haribulan dah.
Azam 2015 apa cerita?

Azam sejak 5 tahun lepas yang tak tercapai, macam biasalah sambung tahun ni..
kerja yang tak siap mari kita sambung buat, don't cry over the spilled Milo ais tabur 3 ringgit 50 sen  kata kau.

Cerita 2015 yang kita tak cerita lagi , kita sambung cerita tahun 2016. Tak de masalah.





Nampak ? Tarikh kahwin si Zawani dan Azri ni, 21 November 2015, dah lebih 2 bulan ... well bak kata supervisor aku, aku lahir musim banjir atau musim banjir,  tu buat kerja lembap tu..  #redho

Zawani atau Wani atau Tubeng dalam kebanyakan post dalam belog, mungkin sesiapa peminat setia I  , memang perasan lah muka ni bertebaran.. hihi
Kad jemputan kahwin ni, asalnya mak dia tak berapa berkenan , tapi si Wani ni letak muka mak pak dia, mak dia pun suka.

Kat kad tu ada tulis puteri bongsu kesayangan kami, yang belah si Azri, putera kesayangan kami.
 Kedua-dua mereka memang manja dengan keluarga masing-masing.. awwww







Wani ni memang minat kerja-kerja kraf, jahit-jahit bagai, dan bercita-cita nak bukak kedai pengantin, doakan lah tercapai cita-cita dia ya, walaupun dia sebenarnya seorang jurutera bolehlah jadi wedding engineer ,  dia pun buat versi kad kahwin yang rustic katanya ini..

Nak tahu siapa yang dok gigih buh tali, ikat reben buh kertas alas kuih tu, ehem ehem, yours truly dan kawan till jannah , Ain lerr.




Dulang hantaran ala tema rustic ni ditempah di Rustic Pine Studio.. Alah , kawan-kawan jugak ni, Azrul , laki si Imod..

Hiasan dulang adalah hasil garapan kreatif si pengantin sendiri... gitchu
Adalah sikit-sikit seperti kek 2 dulang tu hasi seni ehem-ehem yourts truly and Nisak.. Nak nama jugak tu..hehe
(Masing-masing terpaksa buat, reti pulak aku bende-bende gini) 






Anak buah kesayangan Tubeng, saje jek letak , pasal nak habaq cheq yang gunting, ikut huruf-huruf aneh tu... 


King Hakeem and Queen Nisak




Nisak bangga dengan pencapaiannya , hasil tulisan tangan nya mendapat No.1 dalam pertandingan yang disertai dirinya sorang. Nisak dengan baju dari Bello Scarves.
Photo booth ini jugak ditatarias oleh pengantin.




Baju repeat banyak kali dah, tudung By'U Scarf.... Tema hitam berkabung, hoi, kawan kau nak kahwin bukannya nak..... Lepas tu sendiri sedih, Almarhum Tunku Jalil mangkat. 
(Emosi dan fikiran memang suka bertukar tak semena-mena)




Mak Andam datang bersama aset-asetnya





Pengantin nak make up light,  make up mak andam tak da istilah ringan-ringan ya..



Bulu mata katanya terlalu berat, sehingga dia tak mampu membuka mata dan menakutkan anak buahnya sendiri.. ngigau budak tu kang..huhu




Alolo, pengantin klasik sangat bergambo atas katil.



Tubeng bersama signature smile nya.. dia punya khemah tema biru putih , warna BN, pelamin merah putih, tema UMNO, dulu kini dan selamanya , bilik tidur warna hijau pucuk pisang...okay bukan warna PAS.. kau semua benda nak kaitkan dengan politik kan? Ahhh, sudah lah, bila ni PRU aku nak pi daftar undi.




Pssst, Beng sempat lagi kalau kau nak lari..lulz,
Bidadari bersama penghasutnya. 
Jangan tunjuk sangat warna muka tak sama dengan tangan tu ye lain kali.




Wani berinai awal, 2 hari sebelum ni kot, sebab orang inai tu cakap tahan lama, namun apakan daya.. maafkan saya, belog selalunya telus...kerana ia tidak berbayar ye..masukkan lah  2.6 uhuk uhuk ke dalam akaun I, bolehlah buat entri kipas-kipas sikit.



Alhamdulillah, selamat sudah mendapat sijil halal,  beruang pun sudah tersandar kepenatan,



Lafaz sakinah , tak dibaca oleh mak ayah Wani, sebab tak mahu nangis di khalayak... puteri bongsu kesayangan katanya... Namun, puteri bongsunya tewas juga.. sob sob sob




Merah putih selamanya ke Red Warrior...oops

Malam tu, Wani belum lagi milik Azri, sebab aku yang tidoq sekatil dengan Wani, pukul 3.30 pagi alarm handphone aku bunyi, meminta maki dari Wani. kikiki



Oh ya, ini bukan Wani dan Azri ya...
Warna merah putih ni mengingatkan aku pada perkahwinan  pelanggan @glamwedding by Rizalman Ibrahim, pereka bermulut puaka yang baik hati, aku selalu stalk .



Esok paginya, pengantin yang mungkin cukup tidurnya,  bersiap sedia dengan baju songket hitam.. bukan juga berniat untuk berkabung.



The struggle is real. If Che Ta can do, you also can do! Takbur!



Mungkin lebih baik tanpa warna.. haha


MasyaAllah, very pretty sis..




Macam biasalah bro, tiada yang percuma, lebih-lebih lagi kat Johor ni.



Gambar ni aku rembat dari profile picture facebook pengantin, kredit kepada photographer tidak ku tahu siapa gerangannya.

Pakai baju hitam juga mengingatkan aku pada seorang insta famous sorang ni, 


\

Ameera Zaini , ketika majlis bertandang dengan tudung hitam lagi ko.





Disebabkan, bukan semua orang boleh terima warna hitam di hari perkahwinan, dan mungkin citarasa kepada warna yang lebih meriah seperti merah kuning menjadi pilihan, maka pakailah baju warna ini pulak untuk berlaku adil.






Tak, pengantin bukan lupa pakai kasut.. ni nak pergi outdoor photoshoot .. 
Lepas ni, ikut cakap suami pulak ye Wani.



Sambil-sambil tu boleh lah pintal bucu bantal, ingatkan mak ayah ..hihi


Okay , kali ni, aku bagi kawan-kawan pengantin last lah, sebab umur pun meningkat,




Komitmen pun meningkat. Suami harus diutamakan. 





Fatma dan Azrul dan tambahan Hud Affan Mikhail .






Atul dan.. okay, lama sikit aku nak ingat nama dia... Filza Eesya Nabila kan? (gigih korek entri lama) betul tak?..huhu.. Pau ada kerja , maka Atul datang dengan keluarga dia, ni kalau Pau datang mau depa conquer pelamin jugak ni. hihi. 




Okay Eesya mungkin mood tak baik, Ekin tengah praktis jadi emak.





Eesya menjadi rebutan , perempuan tunggal kan..




Sebab Eesya tak layan Cik Mun, ni balasannya, gambar mata tutup separuh.. haha, 

Baiklah Cik Mun punya muka lagi seram, tulah, lain kali jangan buka aib orang, nanti aib kita yang terbuka, ingat pesanan daripada Cik Mun ni ye  #eh.






Fatma datang paling lambat walaupun rumah paling dekat, come on Felda Air Tawar 5 dengan Felda Tunggal jek kot.. baiklah, orang ada anak-anak ni tanggung jawab lebih.





Sebenarnya tema asal kami ialah , klasik tenun, sama ada songket atau kain tenun apa lah kan, maka inilah yang terhasil, Ijah macam biasalah mesti lain dari yang lain, Nisak , Ekin, Imod, songket Sarawak , Atul fusion, dan aku recycle jek baju raya aku, zaman sekarang tak yah membazir, ikut saranan siapa, kawan-kawan?




Ekin ambil gambar dengan Nisak.. Maklumlah, sejak berlaki kan, kawan jatuh nombor berapa..
 Tak pe , I fahammm *pose merenung ke luar jendela





Keibuan sangat Imod ni , dia cakap sejak jadi mak ni, kalau barang jatuh pun jerit dalam hati je.. baiklah.





To more years and more babiesssss... Okay , sekarang ni mana gambar Ijah pegang baby .. Ijah sebagai penghulu segala pemilik gadget antara kami, sibuk lettew dengan Iphone 6plus dia ..haha, best weii..*memandang lesu Asus ku

Sebagai penutup, marilah kita membuka album lama, umur makin meningkat asyik cerita dulu-dulu jeklah.. masa ko kecik, mak pak  cerita zaman diaorang dulu, kau membahankan...
sekarang .....


  
Siapa tahu, selepas lebih 10 tahun gambar ini diambil, mereka telah membesar dengan jayanya, ehem, maksud aku keluarga, cita-cita, kerjaya.. ish korang ni.




Kelab bahasa asing, sorang pun tak pandai cakap sampai la, sorang pun tak pernah jejak sana.. InsyaAllah suatu hari nanti.. tak dapat pergi pun, tak de masalah. #redholagi
Ya , itulah Fatma, orang yang sama yang menidurkan bayinya tadi.
(Wani rupanya suka warna merah kuning sejak dari dulu kala :P)