Thursday, July 23, 2015

Cerita Raya Saya (2015)


As salam


Cerita raya tahun 2013 dan 2014

2013 : Faktor-faktor menggembirakan di hari raya 

2014 : Salam Syawal 


Raya tahun ni, nak cerita apa?

1, 2, 3 .....raya ,1, 2, 3 raya .. till I lose count,

hoi, relaks lar baru 27 tahun... kalau umur panjang, banyak raya lagi kau nak hadap... tak payah lah nak buat kesian sangat


Alhamdulillah, raya kali jumpa ramai babyyyyy......kaum kerabat dan sahabat handai sungguh produktif ..huhu

Iman yang ke empat oleh kakakku, dari keturunan banyak berfikir...





Iman Tariq, why so serious?  Padahal, dia pikaq, sapo mok cik loqlak dok tangkap gambaq ni?






Iman Tariq bersama mentornya, iman yang pertama , Iman Alif.






Tapi jangan hang ikut tang pakai songkok senget sampai besaq naa..




Kamilia Iman dan Iman Haidar, si keriting tak pernah gunting rambut bersama Pak Ngah, adalah  perangai 'baik' Pak Ngah tu depa dok waris..
Dekat Laman Maryam milik sedara aku ni , biasalah jadi port kitaorang bergambar tiap-tiap raya. si Iman Haidar ni nampak ayam , lepas tu dia pi panggil ayam tu ,
"Ayam! Ayam ! Ayam! , Hei , Ayam!"

Bila dia nak makan pas tu, dia nak lauk ayam,
" Nak Kokok"


#mudahterhibur 
Alahai anak ...



Kamilia Iman , si Kak Nam , kuat bebel... 
"Acu ni ayik amik gambar jek" 
"Acu, kenapa banyak jerawat?"

Acu, bla bla.. 


Bila tengok gambar ni, oh my, dah besar dah anak buah bujang aku ni, ingat lagi dulu, masa dia kecik, aku tak reti sangat nak excited jumpe dia.. aku suka, tapi aku tak reti..leulz

Aku bagi makan anggur masa dia kecik  1-2 tahun kot ,  pastu dia masukkan sebiji anggur dalam mulut dia, pastu aku gelabah, sebab ada biji dalam anggur tu, pastu si Iman Alif tak bagi aku amik dari mulut dia , pi sorok, tutup ketat-ketat mulut dia..

Bila dia dah besar sikit dalam, 5 -6 tahun kot, dia panggil aku, pastu dia pi pancut kat ruang tamu.. atas karpet! Depan mata aku!

Pastu sekali tu, akak aku suruh jaga si Iman ni jap, dia pi main air kat sinki, aku tutup kepala paip. Dia pi jerit ngamuk,
aku bingit, aku biaq pi dia main, habis baju dia basah

pastu dia tidoq depan tv dengan baju basah...

Kak, aku balik, " kau biar dia tidur dengan baju basah?"

 huhu, ampun, mak cik tak matang time tu..hihik






#Rasatuaoi




Ha, tepi sikit .. Acu korang pulak nak posing, 
suruh Kamilia ni amik, dia bentak.. haha.. dapatlah ni, sudahlah pejam mata , kena photobomb pulak dengan si Puyol tu.

Tak payah tunggu  ada nak sendiri, nak dapat tengok perangai sendiri, anak buah pun dah cukup...



Tudung bawal ni, tudung pi kelas cap Kangaroo RM5 sehelai .Baju aku beli online kat Hijah Couture , Harga dia RM110 lepas discout dapat wide shawl , harga pasaran RM10.. sekali aku pi kat Kemboja bukan Cambodia nun, kat  Kota Tinggi  tu, harga  baju ni RM70 boleh dapat.. -____-

konon, boring tengok dress , dan jubah, rasa nak feeling klasik dan boleh pakai banyak kali dan tak over.








Iman Haidar bersama mentornya, Kamilia Iman, nak belajar buat peace





Boleh lah tu... lain kali belajaq benda berfaedah pulak eh..



Raya ketiga, ada tahlil untuk ahli keluarga yang telah kembali ke rahamatullah di rumah mak saudara aku.
Maaf ni jer gambar yang terbaik, biasalah  bebudak , ni Irfan , seorang anak yang mesra dan baik, Arwah ayahnya yang telah pergi pada bulan Februari , meninggalkan keturunan insyaallah menjadi anak yang soleh.


Mok Su dan sepupu-sepupuku, gambar pun banyak kena crop, ada pergerakan yang tak diingini, mencabar betul nak amik gambar korang nih. Diaorang pun bakal dapat anak buah baru, kak ipaq dia tengah mengandung.




Wafa yang sampai la, tak ngam dengan aku..tak cukup penyayang ke Cik Mun ni yang..Lels



Ni mana lagi comel nih, mak ke baby ke nyer?
Hazim Rifqi dan Izara Sofea, anak sepupu aku , ade lagi baby sepupu aku yang lain , Adelia Naurah tapi tak dak pulak masuk kamera.

Kemain memasing buh nama anak....  adaptasi novel sangat.



Tanpa ada yang tua, tiadalah yang muda.



Ini superwomen , Mak Long , mak aku, Mak Na...
Tanpa mereka ni, aku rasa keluarga memasing tak raya.
Mak mak contribute 95% dan keatas terhadap persiapan raya.
Ha, korang rasa korang sumbang berapa peratus terhadapan persiapan raya keluarga?
K.. aku tanya depan cermin..





Cukup loving ke idok?

siapa pulak Shaolin ayu ni...hoho, ni Filza Eesya Nabila.
Aku cabar hampa, lepas  seminggu recall balik nama dia ni.
Baju purple Hijrah Couture ni aku reuse , raya 2013 punya.. Tahun ni kan tahun penjimatan.




Saja sabotaj Nisak kat gambar atas kanan tuh....
Sebenarnya kita orang mana ade kekok, Eesya suka jek.. kita malas jek nak show off...:P





Foinne,, Eesya, Fine!.. Ni ngan mak pak dia, Atul dan Pau... kemain suka bapak dia.. hehe, hari raya ni,  kira aku mintak maaf sekali untuk kutukan akan datang..hehe








Pergi raya rumah Pau , bangga bak baru menang kerusi adun , dia bergambar ..
Cantik sangat rumah, aku tanya dia," siapa yang tanam pokok-pokok ni?"
Pau jawab, " Ayah aku, biasalah kitaorang kan suka benda-benda yang indah"  -_- 






Memang mak ayah dia sweet sangat, jalan-jalan ngan cucu pertama diaorang, Eesya . #relationshipgoal




Lepas tu , menjoyah pulak dengan kawan sekolah rendah kat rumah Lily, dan Jayyidah... comel sangat mek dua orang ni., jangan kembang memasing....biasalah tak kahwin lagi memasing bergosip lah kan dari kes  skandal Perdana Menteri  ke skandal zaman sekolah , nanti kalau ada yang dah kahwin, tak gosip lah kot, cerita pasal anak sokmo...

Beraya kat rumah si Jayyidah, cakap pasal kahwin tak de  mentua (suami yatim piatu)
Pastu mulut aku lancang ,
"Bestnya"
Pastu kene sekilo ngan mak Jayyidah
" Hei, baguslah ada mak mentua, boleh berkhidmat. Nanti aku nak tengok sok kau kahwin"

"Sebab tu saya tak kahwin-kahwin lagi"
Choyy, berani aku cakap macam tu.. memang taklah

Aku pun menghirup  Broto Cafe yang dihidangkan.. Leuls.




Raya ni aku bagi tribute untuk mak aku dan mak-mak di dunia..Kalau tak dak mak aku, aku tak dapat bayangkan camner, dia lah  yang buat segala-galanya. Ya, segala-galanya.. terutama masak-masak lah kan.. Aku tak reti nak cerita satu-satu , sebab tak terkira..kang nak buat list, hampa semua dok nangis kang.. 

Mak aku tanya,

"Bila lagi kau nak belajar masak?"
"Kang siapa nak waris (ilmu masak mak)?"

"Huhu" anakandanya memberi respon.

Semoga Allah panjangkan umur kita dan orang-orang yang kita sayang, kita kadang-kadang tak nampak, idola sebenar ada di sekeliling kita. Semoga bersama-sama dapat menyambut ramadhan tahun depan.

Al-Fatihah kepada yang sudah pergi menghadap Maha Pencipta.

md: lokasi pengambaran semua pinjam... rumah aku yang ade gambar pegang Filza Eesya Nabila jek.
      Takutlah orang ingat tu rumah aku... dapat bergambar pun syukur sangat dah.



No comments:

Post a Comment

terima kasih sudi baca :D