INSTAGRAM

Monday, February 9, 2015

DBSB Siri 19 : Infiniti Cinta Zairul dan Ekin

As salam,



Siri Dia Bahagia Saya Bahagia kali ini membawa kepada kisah pasangan guru yang boleh dikatakan percintaan selepas kahwin..

Al-kisah si jejaka sedang serius mencari wanita untuk dijadikan isteri, dan seorang kawan telah menghantar gambar si gadis kepada si jejaka.


Lalu, mungkin bergetar tulang rusuknya itu, si jejaka berkenan untuk berkenalan dengan lebih dekat.

Namun, si gadis pada mulanya, tidak ada rasa apa-apa, atau kalau sesetengah orang tu, rasa getaran , elektrik atau degup jantung lebih laju...kawan si gadis itu yang menyamar di alam maya bagi merapatkan hubungan mereka.

Ok, cerita selanjutnya, kantoi-marahmanja-sembahyangistikharah-jumpakeluarga-tunang (taktik lupa jalan cerita) dan akhirnya 

Pasangan Cikgu Matematik, Nur Ashikin  dan Zairul Hafidz akhirnya menjadi suami isteri yang sah dengan sekali lafaz dan sedia mencintai satu sama lain infinitely. begitewwww..

Entri pertunangan Ekin ada di Jodoh Pasti Bertemu, tanpa satu patah huruf pun. Aku kan sibuk hehe  ...lagipun Ekin tak bagi kepoh. 

sabda Rasulullah S.A,W yang bermaksud: 

“Rahsiakan pertunangan dan iklankan (maklumkan) perkahwinan.” 

(Hadis riwayat Ahmad dari Abbdullah bin Zubair) sumber


Masa raya tahun lepas , kitaorang beraya kat rumah si Ekin ni , rupa-rupanya pada siangnya, Si Zairul dan mak dia datang beraya. (Entri : Salam Syawal)

You know what, kitaorang usik dia pasal ada ehem-ehem, dia pandai gila cover dan rupa-rupanya kitaorang baru tahu ianya betul, What!!! (okay, korang kena bayangkan aku cakap penuh excited nih)


Sebelum dia tunang, (Kitaorang memang tak tahu apa-apa masa ini, ingat dia senasib macam aku..uhukuhuk) aku tanya dia lebih kuranglah secara spontan aku pun tak ingat , "Ekin kau ada boyfriend eh? Kahwin Kin, aku nak gi kenduri  kau".

Lepas tu dia reply,  dia nak bertunang, sekian-sekian tarikh... What?!!!

Pandainya simpan.... Sebab kalau aku dan Nisak ni jenisnya, baru admire orang dah kepoh seantero group whatapps  tapi , si Ekin simpan jek..

Semua orang cakap, bertuahnya Zairul dapat Ekin... 

Sebab dia serba-serbi sempurna untuk dibuat isteri, pandai masak, pandai matematik , pandai hormat orang tua dan pandai cakap jawa. Orang jawa memang terkenal dengan sifat baiknya.... ihiks.


Tapi, kawan-kawan dia memang spesis kepoh,semua mesti tahu detail dan biasalah mesti nak pakai baju ada tema, pesen zaman sekarang kannn...


Aku yang kepoh nak bridesmaids tema mint green dan peach nih, lepastu sendiri gelabah sebab tak beli kain pun nak hantar tailor. Lepastu, biasalah bagi lah 2 tahun pun untuk aku buat persediaan,  mesti sehari sebelumnya ada jek ada yang kurang.





Malam lepas nikah tu, esok nye walimah .. Aku, Nisak ,  Fatma (suami dia izinkan untuk menjadi anak dara sebentar , walaupun sudah ada babybump) dan 2 lagi kawan baik Ekin tidur, mesra-mesra dalam lantai bilik pengantin , alas tilam .

Kenapa lantai?, sebab hantaran dia  kena duduk atas katil..Kenapa ? Kenapa objek tak bernyawa itu dapat tilam empuk , kita manusia yang sudah lewat 20-an ini harus tidur di atas lantai..

Tapi, aku memang sangat merindui waktu-waktu kami tidur sebilik dan tidur bergelimpangan... oh, memori.... Yelahh, dok mengenang jek kau kan kerjanya.


Akhirnya, semua tak berapa nak tepat temanya, kecuali Nisak.. haha, aku punya tone lari, dah ke tiffany blue, tudung, tercicir kat lantai rumah, sebab Nisak dah tunggu amik aku, aku tak siap mandi dan packing lagi. Kau tak pernah nak amik pengajaran kan..Pinjam tudung Nisak , warna PINK!

Si Fatma gonjeng ni lagi lah, dia kata tak jumpa warna mint green, dia beli baju orange, pastu tudung mint green. lantak kau lah Mod.










 Baju pengantin, mak andam punya , semua sekali dengan catering D'as Bridal pakej perkahwinan lengkap dari Batu Pahat.




Sebab suami dia tak de, Fatma aku punya.. ..haha..kang ada yang konpius , perempuan bertudung bersanding sesama sendiri. 




Nisak, jangan risau, bahu ku ada untuk mu.  Sweet tak I? 
DBSB siri 18 aku dah reserve untuk kau.
Well, I always play as a groom . huh.



Bertiga, sementara menunggu YB Nurul Izzah Khalid.



Izzah yang efficient haruslah baju tempah khas, dia pun kebetulan lari tema jugak  soft pink dan mint green.. Tapi, dalam gambar, still not bad ..kan..




Akhirnya, berlima, dengan tetamu VVIP, Atul, mak buyong yang hari-hari kata suaminya , si Pau , menatap wajah Lara Alana. 





Aku pilih gambar atas-atas ni bukan apa, nak tunjuk diaorang ni sejenis petite, yang menampakkan aku ni tinggi dan sado .. nak menitiskan air mata lah camnih.






Mint green menguasai pada hari tu, kami menghadiahkan kufi di atas kanvas di hari perkahwinanmu.  Imod yang uruskan. Mekasih mak cik. InshaAllah berseri rumah cikgu nanti ya..

Aku awal-awal dah cop cakap dengan Ekin, Aku tak nak rewang, bila dia cakap guna katering aku dah bersyukur lah kan, sebab aku anggap orang Parit Yaani ni masih amalkan konsep rewang..haha

Sekali dah cecantik tu kan pepagi tu, Kak Anne, kakak ipar si Ekin ni, eh, dah cantik macam mana nak suruh buat kerja ni?

Oh man, hingat bridesmaid ni kerja bergambar jek ker?

Candy buffet uolls, kena siapkan..





Yang krim ni ada antaranya Nisak yang pipekan, kalau yang tak berapa nak senonoh tuhkan..tahulah siapa yang buat.. Ampun Nisak yang baik hati, dah lah amik dan hantar I balik rumah, belanja makan lagi. Sayang awaaa...







Si kawan baik Ekin sekolah rendah, Yus ni gigih rewang, dia pengapit paling bekerja keras sekali dan paling last mandi, bagus orang Batu Pahat ni, rajin semuanya. Dia tengah celop marshmallow kat cekelat pastu celop pulak dengan oreo ke apa-apa tah. 





Fatma yang guna alasan pembawakan budak untuk tidak rewang, pun kena potong anggur , untuk dok tenyeh atas pavlova yang telah di pipekan dengan cream  tadi.





Nisak, kau jangan buat muka sangat ..huhu

Munirah, kau tak yah nak berkerut sangat, dah lah kau tak mampu nak suntik botox .




Ini hasil kerja kita , Nisak , Imod!!!! bahaha.. . #mudahpuashati





Kak Anne yang sungguh berbakat, untung dapat akak ipar sponsor kek.



Bukan budak-budak sangat yang aku nampak excited, orang-orang telah lama baligh yang aku rasa tapau dulu ..huhu




Assalamualaikum Cikgu, kami nak masuk bilik nihh..



Okay, semua buat muka sweet kecuali si sasa nak makan budak.. 
OP si Ekin ni baik sangat , layan jek..awww




Jenis yang tahu kedudukan , yang tinggi ke kanan, yang rendah ke kiri, hentamlah , aku ni tak pandai kawad.




Bagus Atul bawak Pau, boleh amik gambar kitaorang, pandai dia ni bagi direction , sampai Fatma sorang jek nampak mata.. 
Yang lain, mata mana mata?




Nak masuk ye ... kena lah bagi pengeras kat 5 orang gadis kayangan kat pintu tu  #kasicanlah
Lepas tu, semua tak nak bercakap, semua suruh aku cakap, aku macam, Eh kena cakap apa-apa ke? Bukan bagi duit jek ke, aku bukan reti nak berpantun mak jemah bagai, I pemalu okay...

Sampai OP Ekin cakap dengan lembut, korang cakaplah apa yang korang nak... Eh, dah dua kali dah mention OP Ekin.

Lepas tu pengapit dia terus bagi angpau, aku siap komen, apesal duit nya nampak?.




Sebelum aksi ni berlaku, pengantin kena merentasi tol lagi, di depan pelamin, oleh kaum kerabat dan mak andam. Nasiblah, ingat sesenang jek nak berbinikan orang Johor ni.



Sama padan tak? Penat pengantin lelaki lepas bayar tol bagai. Dia nak feeling kejap.





Amboi, kau Kin, tangkap lentokk...






Yay, dapat duit jajan 2 hinggit.
Aku pun nak feeling gak, ni ha,
pengapit lelaki  cakap , sampul nya pendek.
Haha, okayyy..


Lain kali, siapa yang bawak suami, pastikan suami anda turut megikut tema. huhu.




Setelah suaminya feeling khusyu' , Ekin juga feeling ...
Dengan Cik yam, kawan sekolah kami, separit dengan Ekin ,  pendidik jugak, pensyarah Bahasa Inggeris UiTM Pasir Gudang.. 


Aku pun dah pancit dah petang tu, tapi kami mengagahkan diri ikut outdoor photoshoot, Atul dan Ijah selamat cabut dah.


Outdoor photoshoot di UTHM, sebab OP cakap , warna bangunan kena dengan baju pengantin.
Alang-alang tu, moh lew kita photoshoot sekali, sementara pengantin sibuk posing aksi mesra malu-malu meow..




Jubah Fatma, beli kat TESCO Kulai, RM89 katanya.




Jubah Nisak beli online dengan kawannya, RM89 termasuk postage,  tapi dia alter lengan dan panjang , tambah RM15. 





Baju aku beli kat satu butik di Galleria @ Kotaraya JB, harga asal RM99, 10% diskaun RM89.10. Nak jugak sebut ya harga asal, tapi malangnya setelah maghrib, zip lengan sudah pun tanggal dari landasan. Itulah nilai yang perlu kau terima baju ciplak. (Design ni setahu aku oleh Mazlianul Maznan @mmbasic untuk Kate dress).




Terbayang kuih pulak aku tengok colour dia nih.



Dapat juga merasa masuk UTHM sebab photoshoot kawan, walaupun abang aku pernah belajar kat sini.





Gambar pengantin macam lupa pulak nak amik, takpelah dia dah ada OP nak amik gambaq depa.
Ni jek lah gambar yang dapat.





Banyak kali sebut OP Ekin ni, sebab dia baik dan selesa sangat cara dia bagi arahan, sangat cool. Nisak sampai cakap, OP tu yang okay, bukan Mun (aku) yang okay, sebab OP lain tak boleh dengan perangai  aku. OP Seseng, Imod , Pau/Atul , aku tak berapa mesra , petang kot kan dah penat.. boleh, si kawan pengantin sibuk cari pasal dengan OP?  .. Haha. Tapi, OP Ekin ni wa cakap lu, sangat mesra,  Nisak dan Fatma pun cakap. Mungkin sebab muda lagi kot, stamina lebih,,huhu.

Sebab OP dia comel aku rekomenkan, nampak tak the power of PR.

Facebook: SawahPadi
Instagram: @sawahpadiideas

Nama nak alam semulajadi kan.. Photographer dia nama dia : Fadhli, kurus, specy, drive viva putih, muda setahun daripada aku.. hihiks.



gambar ihsan SawahPadi, photographer Batu Pahat. 


Okay, berbalik kepada Ekin dan Zairul, korang memang sweet dan sepadan sangat. Semoga melahirkan anak-anak soleh dan solehah genius Matematik dan berbahagia hingga ke syurga . InsyaAllah, 

Baik, kawan-kawan, lepas ni tema apa pulek. Semoga dapat prepare awal..ihiks


md : kualiti gambar dan warna berbeza  kerana berbeza jenis kamera dan filter.