Thursday, January 22, 2015

Apa yang anda perlu hadapi jika menjadi pelajar semula?


As salam,

woahhh... rasa berzaman dah tak taip kat sini,
sebelum ni selalu taip kat microsoft word buat assignment  yang aku ..perghhhh, tahap anoyying dia...

Semua nak kene citation
kena align
kena grammar betul
kena format

Oh, rindunya nak merepek,
tak de siapa kisah aku membohong pun dalam ni......Tapi,  biasanya,  I jujur okay..hehe

Entri tahun  lepas pun tulis tajuk jek... nampak tak, nak tunjuk diri ni sibukkkkkk sangat.. Fine, kan kau sorang jek tengah belajar... Orang lain belajar tak kepoh pun...

Dah tahun baru , baru boleh menceceh kat sini... K,  tu je azam 2015 kau...

Okay, setelah melalui satu semester penuh cabaran dan liku.. ye, kenapa over? Kena faham akak ni dah tinggal 4 tahun zaman belajar ni... 27 tahun you I tahun ni ... maka, inilah kejutan yang dihadapi oleh seorang pekerja sepenuh masa bertukar menjadi pelajar sepenuh masa.





Baca Journal Sampai Meluat

Ini adalah perkara wajib  , tak boleh elak proposal , thesis dan ini memerlukan pecarian, penghadapan journal yang memang tahap menyampah dia tu... herghhh! Korang suka, aku tahu.. lepas tu 
writing pulak, dah lah kena ade citation , mana boleh goreng style mamak  ke style USA sesedap rasa.. masa time degree dulu, copy wikepedia pun jalan. Erpp, ni rahsia okay..huhu.

Kena bagi reason setiap pernyataan kena bagi huraian. Macam dah tulis kat intro, pastu tulis kena kat literature review, pastu macam benda sama jek aku tulis kat method..pastu kena betulkan balik jangan ceritalah . Only god knows how much I hate writing . Hairan gak apasal wujud belog nih... nampak sangat tak de orang nak dengar cerita bohong kau selama ni.




Ya, saya amat akui dalam hal ni..orang lain buat 9000 words selamba, aku dah habis idea, dah  penat belit .. 3000 words jek. Ohmy.





Berembun Sampai Pagi


Ni bergantung, ada orang kata kalau tidur lewat ni orang yang rajin, tapi dalam kes aku ni, selalu tidur paling awal dalam dunia. Bila nak kena hantar assignment, baru kelam kabut nak buat, pastu time tulah rasa, idol mata sepet menarik pulak, time tulah nak check benda tah pape kat internet. Itu yang asyik bergantung kat neslo kaw,  wonda coffee , nescafe mocha untuk mata bertahan sebab melanguk kat library. Jerawat beranak dan eyebags beribu masuk pakej yek.







Bila kita rasa terlalu sibuk, kita terlupa adakah kita produktif? Kesibukan tak bermakna kita sedang maju ke depan. Ia cuma membawa maksud kita tidak reti menguruskan masa dengan baik. #YoungGuns#TakeThisAdvice

Kredit Instagram @Hanis Zalikha.



Bila baca ayat-ayat yang membunuh , rasa diri macam loser, time tulah mencari 9gags..haha.. harem , sangat jalan penyelesaian kau.

Tapi tulah, bila nak belajar tu kemain, segala dugaan muncul. Jadi, kira kalau jenis korang melayan macam aku nih... ni jadiknya.






Tak fikir pasal makanan , fikir  pasal boyfriend I mata sepet kat Jepung tuh..huhu

Termasuklah zaman sekarang ni, dugaan lebih lagi dengan wujudnya instagram, kerja stalking lebih mudah dan 9gag memahami sangat Iolls ... bila rasa diri down sangat kat dalam dunia.







Bila kau pegang buku, sambil ngadap TV bila kat rumah, lepas tu, rasa nak menyalahkan TV sebab wujud, baliklah kita ke hostel sebab rasa tempat tu lebih kondusif. Tapi , dengan adanya internet dan laptop, kau rase?



Tapi, setiap hari kita berazam.. azam baru setiap pagi yek kawan - kawan






Kadang-kadang , bukan apa, makin aku baca, makin bebal  rasanya . Tu memang lumrah alam. Sebab tu bila kita tak belajar benda baru, kita rasa kita pandai, tahu semua benda... Masalahnya, bila kawan-kawan kau , bila lecturer tanya,  dapat jawab, tapi kau masih mengimbas memori dalam otak kau , aku pernah belajar ke menatang nih?








Lepas tu sampai tahap, macam redha pasrah menyerah jek bila nak exam... 








Tapi, weh, belajar guna duit weiiiii...kena grad on time, giler!





Tapi, I choose a life... I need to entertain my eyes...



by sleeping. After read 3 words.






Time tu jangan haraplah kau nak score berjuta A macam Amalina si gadis pintar (yang kini sedikit nakal) or si Adi Putra kanak-kanak genius. 

Yang kau leh lakukan time tu adalah bukak carta permarkahan then bajet-bajet, mampu tak kau untuk, at least, LULUS. Lulz
#komiksengal #naabellahijabis #truestorybro #exam

Haaaaaaa rasa nak meroyan tahap filem Aishah 50 Sen ni haaaa! Esok nak kene submit essay tapi abang ada 100 juta words lagi untuk ditulis. Tatau lah kenapa susah sangat kali ni.

Maybe ilmu academic writing abang dah terbang melayang ntah kemana kot.. tu yang dok cek grading scale ni. Harap-harap lah lepasssss.

kredit instgram @faizdickie

sehati sejiwa sangat dengan Faizdickie tapi dia belajar oversea. Kbai.






Terlepas kenduri kahwin

Bila masa kerja, kalau masa cuti, boleh pergi kenduri kahwin ataupun segala keraian di dunia ni. Tapi, bila kau tak perlu pergi kelas, tapi kerja kau belum siap, hermmm ia seperti kerja 18jam sehari, masa lebih aku kena spend seperti aktiviti asas, termasuk tengok tv beberapa ketika.... (kita jangan seksa diri sangat , okay) haha. Maka, walaupun kenduri kahwin kaum kerabat mahupun kawan-kawan yang dekat kampung kau pun, kau tak dapat nak tayang muka. Nasib baik, rukun nikah , tak de senarai mesti ada aku, kalau tak semua majlis tak jalan. eh, rukun nikah ade aku sebagai senarai, jadi pengantin dah leww..






Kesengkekan

Walau dulu tak kaya, tapi dulu masa kerja, dapat gaji, ni siapa yang nak bagi kau? Mak pak, biasiswa?K, uolls bertuah...

Oleh itu, bila memilih untuk menjadi pelajar, komitmen hutang kena fikir baik-baik. Anda akan miskin beberapa ratus hingga ribu sebulan. Kalau buat full time memang lagilah papa kedana. Pepandailah mu cari dana, hutang ke atau tambah pendapatan...








Walau dengan apa yang aku repekan kat atas ni, aku sangat enjoy ,
Bila rasa susah, aku selalu ingat masa kerja dulu, ini yang aku cari, belajar benda baru, suasana baru, dan ini yang aku rindukan selama ni

Jadi, aku menikmatinya, dan masa berlalu sangat pantas. Dah habis pun semester 1 uolls. Result dah keluar , takut nak check . Jadi masih ketaq lagi,... Tapi, I redha. Yang penting ilmu dengan amal.

Walau apapun, yang kita hadapi, atau secara khususnya untuk aku dan sesiapa yang sekapal untuk sambung belajar , sekolah ke, diploma, ijazah, master, PhD, waima mengaji dan hafaz Quran , bersabarlah bila hadapi masalah;








No comments:

Post a Comment

terima kasih sudi baca :D