INSTAGRAM

Tuesday, August 5, 2014

Salam Syawal

As salam,


Jemput naik, jemput baca.





"Apa khabar, tengah makan kuih raya ke tuh?"



Syawal tahun ini 2014 / 1435 Hijrah  berlaku dengan sangat sederhana dan sedikit suram, seiring peningkatan usia atau mungkin juga disebabkan tragedi-tragedi pahit yang menimpa saudara-saudara kita di seluruh dunia  #JusticeforMH17 , Selamat malam MH370,  #PrayforGaza, larangan berpuasa di Xinjiang dan macam-macam lagi, kemelut yang tak berkesudahan.

.

Oleh itu, tahun ni tiada duit raya, kerana sederhana katanya... padahal, tragedi tahun lepas (baca : Kisah bengang hari raya) masih menghantui, lebih-lebih lagi ,  road tax dan insurans kereta kene renew, handphone rosak, lepas tu jobless.

Rasa diri teruk? masalah duit yang tak pernah selesai?
Lebih-lebih lagi bila melihat laman sosial .. woah, I want her life, her bags, her house,  her car, her baby, her husband #eh

Mesti rasa diri  tiada apa-apa, dan menjadi sebab untuk kurang memberi.

Ingat saudara kita di Palestin,
kita akan rasa kaya
Nikmat diberikan terlalu banyak
Cerita-cerita inspirasi dari mereka 
 meningkatkan  keinginan kita untuk memberi .

Sesungguhnya kesusahan dan kesenangan , kedua-duanya adalah ujian.

Nikmat yang diberi bukan untuk kita semata-mata tapi untuk dikongsi.



Lokasi Raya : Tangkak, Johor


 


Langit yang indah masih dikurniakan di tanah air kita , Malaysia.






Harap tiada kontroversi ya, gambar di kubur.



Anak-anak masih boleh tidur dengan lena




Pagi raya Iman Haidar.





Masih bebas berlari  di laman orang tanpa halangan kecuali dari ibu bapa dan tuan rumah.



 


Masih bebas bergambar tanpa halangan seperti tahun lepas ,
Faktor-faktor yang menggembirakan di hari raya.
Terima kasih tuan rumah.



Cantikkan yang warna pink tu ? yelah rumah tu cantik.


Baju beli online kat Surisara , bulan Januari  beli.
Biarlah baju outdated pun (tahun lepas punya raya collection) yang penting dapat harga sale dan tak payah rebut-rebut dekat Pandan Uptown ke, Plaza Angsana , kita kat Johor tak de segala festival tuh Teratak Glam Raya mahupun Vendeur Festival ataupun aku yang tak amik port mahupun  menghadap depan PC dan handphone tunggu collection kat laman web fashion online last minute. Helah orang sengkek di bulan syawal.
Gold Satin Shawl :  Medina shawl Marshmallow scarf




Lokasi Raya: Kayu Ara Pasong, Pontian




Diturunkan penyakit lemah  (tak sedap badan) namun masih menikmati air teh ais  sudahlah teh ais, 2 gelas dan dipaksa habiskan, sambil mereka selfie guna kamera tetamu.
Biar tetamu demam, diheretnya kita beraya sekali, dah lah kita pakai baju ala-ala nak pergi prep malam.

Terima kasih tuan rumah, Encik Fauzan Yusoff dan isteri, Fatihatul Nabila Sadon seisi keluarga atas layanan.



Lokasi  Raya: Sanglang, Pontian


Walau datang maghrib, masih menjamu tetamu dengan hidangan makan malam


Menyaksikan, si isteri melayan kehendak suami. Tanggungjawab katakan.


Terima kasih Cik Nurhairunisa Ahmad dan ibu bapa,  atas hidangan tomyam, ikan goreng, kuih muih, dan katil empuk untuk merehatkan kepala orang lemah , demam lagi uzur katanya.


Lokasi Raya : Parit Yaani, Batu Pahat


Datang  ketika langit  gelap di Parit Yaani, tuan rumah masih setia melayani tetamu.



#calonmenantupilihan




hidangan nasi arab versi tekak melayu, tiramisu dengan buah-buahan menyambut tetamu yang stress kene bebel dengan driver :p






Walau sudah ngantuk , masih bertahan melayan tetamu cucunya, pandai Atul layan orang tua sekarang, hasil didikan suami kew... 
Ciri-ciri muslimah pilihan bukan hanya  suka pada kanak-kanak ye..
tapi mesti hormat pada orang tua #CDM25 




Romantikkan mereka ni... *troll face

Jangan nak ungkit pasal kenduri kahwin kau, aku datang lambat lagi yek..
Banyak dah aksi korang ni aku buh.

(Baca :  DBSB Siri 17 : Kasih Fauzan dan Fatihatul )





Syukur walau baju raya shayer tak vogue 

Terima kasih Cik Ashikin Ari dan keluarga diatas layanan anda, berbaloi Pau drive jauh-jauh , dapat mengubati lara kitaorang kene bebel dengan cikgu Pau daging tuh.  hehe.



Esoknya, kerana kita telah berpeluh malam itu, toksin dikeluarkan
Alhamdulillah , saya sihat, tapi tak datang kerja, dan tak amik MC, nak game over katanya .
Aktiviti beraya diteruskan ke Kota Tinggi.

Dimulakan dengan Felda air Tawar 5, tapi sebab asalnya tuan rumah kata nak masak nasi goreng, bila sampai, tunggu punya tunggu, mana nasi goreng nya, rupanya, dah bagi dekat kucing,'

Maka, tak da gambarlah kite di Air tawar Lime..






Lokasi Raya : Felcra Sungai Ara, Kota Tinggi






Semperit favourite , walau pun becak-becak warnanya sedap gak, semperit koko, nak dekat sebalang gak aku dan Nisak kerjakan, buat malu harus berdua, Tubeng tak join sebab dia kata biasa jek rasanya.




Nak melawat ibu dan anak ni, Imran Adam Hakimi .Walau dahi berpilis, Seseng tetap vogue , sempat pakai colour lipbalm.


 

#calonmenantupilihan



Mengimbau betul gambar ni, baru jek rasa kitaorang bergambar sakan masa kenduri kahwin dia ni tahun lepas , datang sekali lagi,  dah keluar anak dah.



 

Nampak tak effect tinggi disitu... hehe






 

Gigih ganti selipar jepun pakai tumit tinggi untuk bergambar, lepas tu tertanam  kat tanah....
Terima Kasih Puan Syaidatul Shafinaz dan ibu ayah atas mi hun goreng dan lanskap  menarik untuk bergambar.

Baju ni baju recycle masa kenduri Fatma ; DBSB Siri 16 : Semarak Cinta Fatma dan Azrul, kain pulak  kain  kebaya untuk raya berapa tahun dulu.
Shawl satin : Lovewaffaa






Lokasi Raya : Kulai Jaya


Perjalanan balik , singgah ke rumah baru pasangan suami isteri ni, Fatma dan Azrul.

 

 Macam biasa si Fatma tengah kelam kabut potong sausage nak masak spaghetti. 
Ramai tetamu nak datang katanya.






Kelakar jek tau  dua orang  ni, complicated sungguh masak spageti




terima kasih Nisak, bagi pinjam riba, Fatma punya dah tak boleh dah... uhuk uhuk....





Pijak rumput mahal diaorang nih..hehe..

Makasih sudi menerima kunjungan kami  Encik Azrul dan Puan Fatma Karimah. 
Sudilah jemput kami jika ada aktiviti membakar kambing di laman rumah ni.



Alhamdulillah , syawal tahun ini. Allah masih izinkan kita bersama dengan insan yang kita sayangi, keluarga, dan sahabat-sahabat. Baru sedar, gambar dengan saudara-mara ilek. Maaf zahir dan batin semua . Kosong-kosong. huhu.


Di dalam kita bersyukur, harus kita ingati saudara-saudara  yang sedang bertarung nyawa, mahupun yang sudah pergi menghadap ilahi.


Masa mereka di dunia sudah sampai penghujungnya.
Masa kita entah bila.




Semoga Allah izinkan kita bertemu lagi ramadan tahun hadapan.