Wednesday, March 26, 2014

DBSB siri 15 : Kisah cinta Rafhana dan Khairi

As salam,


Baru masuk bulan ketiga tahun 2014, Malaysia ditimpa dengan berbagai-bagai isu dan berita sedih,kos hidup semakin  tinggi, kemarau, banjir, berita  kematian juga agak banyak, termasuk akibat pengaruh dadah di konsert. Tidak lupa, kehilangan pesawat Malaysia Airlines, MH 370. Baru kisah melibatkan Malaysia belum lagi penderitaan rakyat di Syria , Mesir dan yang tak akan berakhir di Palestin.

Namun, disebalik berita-berita duka cita, Alhamdulillah kita masih diberikan nyawa, untuk menikmati indahnya dunia dan diberi peluang untuk melaksanakan perintah Allah.

Dan salah seorang sahabat saya, Rafhana telah menyempurnakan sebahagian daripada agamanya, iatu mendirikan rumah tangga dengan pasangannya Khairi.



Nak tahu macam mana mereka kenal?

Kalau tak silaplah, yang aku dengar...

Cik Ana cakap mereka berkenalan melalui Yahoo Massenger , dolu-dolu lahkan, ade siapa main mende lagi ni boleh diusahakan untuk dapat pasangan ya.

Dia cakap dia tak tahu macam mana si Khairi ni boleh ada dalam list contact dia.

Pastu ada lah mesej sampai, macam nak berkenalan lah gitu dari Khairi ni.
Tapi, sebenarnya bukan dari Khairi , tapi kawan dia.

Cik Ana tak layanlah kan, memula.

Lepastu si Khairi yang sebenar ni , minta maaf dan terangkan yang tu bukan dia tapi kawan dia.

Bermula daripada itulah , mereka ehem ehem...

Maka, dengan itu, silalah berterima kasih kepada kawan Khairi yang menyamar itu yek.





Cik Ana ketika majlis khatam Qura'n.
Malam terakhir bergelar anak dara..hehehe



Pagi-pagi masa hari nikah tu, sedikit syahdulah kan, tapi belum ada air mata yang menitis lagi.

Cik Ana ni anak bongsu, tinggal dia jek tak kahwin lagi. Abang dia paling sulong umur 48 tahun,
Jadi, dia agak manja lah kan dengan mak dan adik-beradik dia yang lain.

Seorang yang lemah lembut , sopan santun tidak sukar untuk jatuh kasih dengan dia ni.




Tengok cara dia layan emak dia , dia pakaikan bedak, gayakan tudung emak dia.




Dan puji, " Mak cantiklah."

 Okay, lap air mata sekarang.





Sayang emak....





Pernikahan berlaku cepat, sebab tok kadi ada nikahkan orang lain kat masjid tu jugak, tak sempat lafaz taklik semua, group pengantin lain kat sebelah nikah kat situ.

Dah kena buat sendiri-sendiri.

Cik Ana sempat kata kat aku,

"Apesal lah Khairi ni tak pakai stokin."

Huhu, sekarang  awak jagalah makan pakai dia ye cik ana.




Setelah bergelar Puan Rafhana.








Feeling apa tu Cik Puan Ana





Pengapit yang ala-ala, perlu ke wujud pengapit tu, tak de tak boleh eh.



Dan ini pengapit lelaki.
Amacam handsome tak? Semua complete, kereta, kerja, tak merokok ... apa lagi yang tak cukup?
Berminat?
Kalau berminat, pergi Lorong Haji Tubari, rumah pertama, cakap nak jumpa Munirah, sila serahkan resume anda lepastu dia akan forwardkan kat Tuan Haji Sofwan, 
Jika ahli lembaga pengarah, Puan Halimah, dan anak-anaknya setuju. Anda akan dipanggil untuk temuduga dan kalau diterima,
akan adalah kenduri kahwin lagi di Lorong Haji Tubari #LHT
Hehe..





Okeh, main-main jek. Dia adalah sepupu saya, Nurdin a.k.a Ojan .
 Kawan baik si Khairi ni, budak Sains Johor dan aku pernah sebelah katil dengan Cik Ana kat Sains Kota Tinggi.
Kecilkan dunia ni?  Tapi laut besar lah, kalau benda hilang , ermmm tak tahulah caner nak cari.
(baca : pencarianpesawatMH370)




Sebab kita tak da sponsor pakai jeklah baju maroon time majlis nikah tadi bawak ke petang ye. 
Beli kat instashop : Klaboapparel
Aku tak de gambar Cik Ana yang elok masa majlis sebab I kan sibukkk...sangatttt.
Pengapit tak de pengalaman gitulah tak cover gelak.

Apa yang aku sibukkan?




 Kemungkinan gambar terburuk abad ni, dok tepek bedak untuk muka seputih model aura white ke ibu putih.
Maafkan saya , Dr Halimah Hana melibatkan anda dalam hal ini.
Dr Hana ni kawan sekolah dulu, sekarang berkhidmat di Hospital Sultanah Aminah.
Sudah bertunang ye, dan InsyaAllah berkahwin tahun ni.
Jangan sedih ya, kalau ada yang nak berkenalan.



Aku bukan sibuk apa, men Joyah dengan bebudak ni jek ha... tak memasal kena duduk kat pelamin , kutip duit tol . Pastu memalu  kucing Bengal.
Yang tengah tu lagi suruh aku pass kan kad kahwin dia, tapi bagi sekali surat cukai , dah terbagi kat orang.
Maleww mak.



Esoknya, satu lagi majlis resepsi, kali ni belah lelaki yang diadakan di Dewan Jubli Intan.

Bersiapnya kat Hotel Mutiara .







Suka mak dengan kasut dia... 




Veil, masa ni belum iron lagi.
Pastu mak andam cakap kat aku,
"Awak pengapit kan?, Tolong gosok ni eh, tapi jangan panas sangat."
Dah namanya 'bridesMaid' kan haruslah buat, 
Nasib aku tak bagi lubang veil dia ni, sebab aku ni selalu buat  'hal' 

Masih buat 'hal' jugak , tapi hal lain lah kan..huhu.








Gelak-gelak ,dalam hati sedih lew tew, kawan baik dah kahwin.




Kasi  eksyen sikit..




 Nampak tak untungnya jadi raja sehari, best man pi buatkan...
*Promo : Jangan lupa hantar resume yekk..hihik




Yelah, dulu apa-apa kawan yang diharapkan, apa-apa semua kawan... sekarang dah ada bini..




Isteri pulak lahkan yang kerja nak betul-betulkan tie , jaga rambut semua.




 

Si suami pun actionlah betul-betulkan tudung, tapi yang tukang tiup-tiup tudung bagi tegak tu, tetap kerja perempuanlah kan.

 
Yang penting diaorang sweet , ye dak?





Pengantin yang cantik.


Patutnya ni kerja bridesmaid lah kan yang pakaikan stokin tak pun laki dia, tapi dia nak buat sendiri.
Buatlah cik kak oi.. Padahal memang aku tak offer diri pun nak pakaikan.



Cam cantik super duper hyper market kan? 
Okay, perempuan memang biasa puji sesama perempuan.
Mengutuk pun biasa...haha









Pengantin lelaki,  memang ada masalah nak bukak mata..huhu




Cik Ana pakai jam hantaran.
Tak selesa katanya tak pakai jam.




Pose-pose ni mak andam lah yang direct kan..




Memang tak pandai berlakon lah si Khairi ni.







Okeh , gambar skema, control macho dan ayu  memasing.


 They are married.. .. Good bye friends.


Yeah.....Newly-weds are annoying




Okeh, merosakkan tudung , make up  memang kerja pengapit (pada saat ini) ya.

 'Dia cam ala-ala, si lelaki nak bawak lari pengantin perempuan, si kawan pengantin perempuan tak nak lepaskan' punya pose.










 Ha , baju pengantin semua adalah hak milik pengantin uolls,
kelas tak, dari nikah, sanding belah perempuan, sanding belah  lelaki semua dia punya...
kecuali aksesori macam tiara ngan tengkolok tu mak andam punya lah , suit lelaki sewa.


Tetiba,  ada iklan bridesmaid konon-konon ni.
Siapa tak suka wedding woi, terutama teman baik yang kahwin.
Pastu first time kengkonon diberi kepercayaan jadik tukang kipas kan... ala-ala teruja lah.


 

 Kita pun pakailah dress berpoket ni , suka dengan kualiti material dan design dia, sejak dia promo tahun lepas aku dah aim nak dapat satu , duit tabung ku pejam mata pi guna buat beli nih
Aku tengok macam ayu jek model pakai kan...sekali aku pakai tak ayu pun.... *nangis
shawl satin kengkokon nak menambahkan effect keayuan ..phuiii
Dress : Love to dress



Pinjamlah bunga cik ana fefeeling sekejap.





Dear Cik Ana,

my lovely friend, you are beautiful inside out and whoever know you is hardly not to fall in love with your gracefulness and your smile.
Khairi is so lucky  to have you as his wife and I hope he will take care of you as good as your mom did (huhu, can't compare, parents is the best)

I wish both of you and your future children will live happily ever after till jannah.

From your lovely-cute-adorable friend,
Mun


Nampak tak dia punya ikhlas sampai tulis orang putih.




By the way, I made the bride snap my ootd's .. haha

2 comments:

  1. kawen dah junior akak hehe btw, cantik sangat pengantin...baju dress moon pun gojes...
    semoga bahagia dan berkekalan ke jannah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cantik kan kak, gojes ker... auwwww.. thanks

      Delete

terima kasih sudi baca :D