INSTAGRAM

Tuesday, March 19, 2013

Berkain di Mersing

As salam,


Sebagai orang kampung yang lahirnya di kampung yang tiada pantai, ya , Pontian ada laut, tapi tiada pantai (pasir yang bersih, dan laut yang boleh buat mandi) juga kampung yang tiada sawah, tapi ada nanas, maka  aku pernah mempunyai keinginan iaitu bergambar dekat sawah , dan berbaju kurung di pantai.


Impian aku yang satu ini terlaksana pada umur ku masuk 25 tahun, dan lokasinya adalah  Mersing . Lepas kenduri kahwin kat Tenggaroh 5, Ira pun bawak lah kita melawat Mersing.


Lokasi : Tanjung Leman

Photographer : Ira dan Mun ( makhluk comel iras pelakon #kisahcinta). Ok, nak muntah kejap lagi eh.



 

 Diaorang ni memang bajet puteri bunian nak masuk team penari kebangsaan






 Lihat! berbakatkan mereka?, ini lah kesannya bila ikut arahan choreographer.




 


 Ala, jangan marah eh, nah gambar ayu korang.


 



Gambar sopan,  harus diletakkan, gambar macam harlem  harus dilupuskan



 



 


 2 sahaja gambar sopan....





Kaki masing-masing hilang akibat edit berlebihan.


Tudung serabai itu perlu yer.




Hantu air


Tips pemilihan baju  ke pantai; tips kau!

Pastikan baju tu tak berapa nak sayang sangat,   kena pulak singkirkan pasiaq dok kat kain.
Tambahan kena hadap kaki gatai , ini bagi sesiapa yang tak biasa main pasir time kecik :p



Lokasi : Air Papan, Mersing 


Masa datang sini, memang jatuh cinta dengan laut dan langit yang Subhanallah cantiknya. Masa ni air surut.


 


Bakat tarian kayu harus ditunjukkan


 
Ulik mayang.




Gaya tarian anggota polis trafik, renang fee style dan siram pokok bunga .




Tak ke nampak cam ustazah pilihan tu.
 Manusia memang tagih pujian.



 

 Nama pena. Pena lah sangat, nama laman sosial.




Lokasi : Bendang, jalan nak pergi Air Papan


Bergambar di sawah, memang jadi keinginan aku dan semasa belajar kat utara, Arau, Perlis sana tu memang senang sangatlah kalau nak bergambar, tapi malangnya tak tahu kenapa sekeping gambar pun tak dok.

Lagi satu masa kat Perlis, aku teringin sangat nak amik gambar kat ladang tebu, pun sama tak tercapai juga keinginan aku tuh.Orang lain dok nak amik gambar kat kebun bunga tulip ke lavender ke Eiffel tower ka, aku ladang tebu ngan sawah pun jadi. 







Posing patah pinggang berlatar langit biru.



Buat muka puas hati dapat posing kat sawah, 




Kaki gatal siapa yang tahu. 
Sambil doa, janganlah ada ular. Pacat tak terfikir.



Lokasi : Dataran Pulau Mersing, dekat dengan hospital Mersing



kat sini ada aktiviti rekreasi disediakan, menunggang kuda pun hado, sesuailah, kalau yang ada anak-anak kecik  tu bawak pergi sini, yang tak da anak tu ,  boleh main  jugak , jangan risau.



Laju. Laju. Buai ku laju



nenek ku kahwin dengan anak raja. Eh?!


Ini yang si Ira nak sangat main mende nih, aku cakap, aku tak boleh sebab aku mana pandai tunggang motor, bonceng pandai lah, nak naik RM10, 13 round.

Akak tak kira walaupun berkain, dan  cuma budak-budak je yang main benda alah ni. Akak nak jugak naik, dik.


Bersila lah kita ye.





 

si Ira bawak accident langgar tayar. Malu tau akak, pegang besi kat belakang. 




Eleh, setakat pakai brek ngan minyak kat tangan , susah lagi naik basikal.




Pastu moh leh , kita beli kepok, buat tambah protein   ngan kolestrol



Cakaplah nak 10 batang nak buat meniaga, dapatlah RM8 -10 batang.






Gua beli kat haji Ramli, deret-deret ni ada Haji Puteh ngan beberapa kedai kepok lagi.





Ayu memang begini muka dia time amik gambar , ayewwww sangat.




Cik Paris masuk kampung memang gitew. Amik gambar 2 saat, pastu naik balik.


Begitulah sesi berkain kita .
 Lepas ni nak bergambar kat ladang nanas pulak, 
sebelum pupus semua , orang buat tanam kelapa sawit.



Wednesday, March 13, 2013

DBSB : siri 12 : teman serumah mencari bahagia

As salam,


Dulu,


kita bergembira, layankan perangai gila






makan bersama,






ketawa bersama,






masak engkau sahaja.
 















dengan Ira


kemudian, kau membawa khabar , yang  kau mahu berumah tangga,

ok, aku gembira,
menjadi saksi, pencarian kasut untuk si cinderella,










itu sahaja, yang lainnya, aku menikmati makan percuma,




lauk kambing kesukaan,





 dan juga kek resipi rahsia





kagum juga aku , sungguh cool kau ketika itu, menyaksikan kek kahwin kau jadi  begitu

Apa respon kau? masuk perut hancur jugakkan?

Hari bahagia, harus lah bahagiakan.

yang penting, tekak aku bahagia, perut aku merana biar sebentar, pandailah aku singkirkan.


Sekarang,



Aku nampak kau, tapi bukan aku yang disisi





Dia membelaimu dengan izin dan permisi






Sentuhan katanya semuanya kau iakan








Sentuhan jari kau diamkan dan biarkan








Aku redha walau tidak ku damba













Kau bahagia kami bahagia.







Baiklah, yang dah kahwin tu selamat dah, yang lain tu meh kita cari bahagia





Zzzzzzzz....