Wednesday, February 20, 2013

DBSB : siri 11 : Kek resipi rahsia untuk si ayu


As salam,


Apakah pengalaman termanis anda untuk hari kelahiran uolss,
atau
pengalaman termanis uolls untuk sambutan hari kelahiran orang yang tersayang?

Baling tepung?
Pecahkan telur kat kepala (dengan tujuan menyuburkan rambut) birthday boy/girl
secara ramai-ramai
conteng muka diaorang masa tidur
buat prank,
sembunyikan selipar
kengkonon buat tak heran bithday diaorang
what else?

atau dengan kasih sayang,
buat surprise parti biaq MeleTOP,
kat restoran, sambutan dinner bersama di rumah,

atau pun,
dengan kenduri doa selamat

mahupun,
tak da pape , macam hari biasa jek.


*termenung mengenang nasib diri



Okay, tak payah sedih, sebab aku selalu macam nih, tak berapa nak hairan sangat hari jadi. Mak aku pun selalu lupa birthday aku, Lepas seminggu 2 minggu , baru dia wish.
hahaha  (gelak sayu)
 dan aku langsung tak amik hati, sebab aku pun selalu lupa birthday orang lain. Kalau tak de facebook yang ingatkan ke atau orang lain beritahu , memang tak ar nak wish 'HB' kat wall orang.

Pak aku punya birthday jek aku paling ingat 1 Januari,New Year kan, giler tak hingat?!


Maka, episod, Dia Bahagia , Saya Bahagia (DBSB) kali ini membawakan sambutan birthday colleague saya, Ayu.

Kami sambut 3 orang je, masuk sekali , Miss Loo , aku tak tahu pasai apa, dia ni dah kahwin, kitaorang panggil gak Miss.


So, plan nya makanlah kat Secret Recipe, lame jugaklah kan sambut birthday kat sini, tak mampu den makan sini hari-hari,tak pelah sebab birthday setahun sekali , keluarlah duit sikit , lalu memuaskan nafsu makan western memasing. (selalu makan lomak cili api je)

bagi aku, makan kat Secret Recipe ni, tak payahlah makan asian cuisine dia, Tom Yam  ke mee kari ke, dahlah mahai gila , dan tak sedap (ikut tekak aku)  kalau nak makan tomyam baik pergi kedai seafood takpun restoran orang Kelantan.

makan western lahkan seswai. :p

sebab balik keja terus pergi, maka serabai ape tah, camera tak bawak , maka terpaksa bergantung kepada kamera phone yang beratus kali jatuh, pernah kena tumpah air, maka faham-fahamlah gambar tak secantik kualiti Galaxy Note 2 korang :P


Ayu's favorite ; Gold Crispy Chicken RM 14.50

 Sebab lapaq sangat, terus serbu
 lupa plak  trend orang sekarang amik gambar dulu, upload kat laman sosial , baru makan.
Aku amik pun sebab aku nak bubuh kat laman belog ha. :P




Setelah lama gila dia fikir, tak tahu nak pilih apa, confuse bagai ; takut tak sedap semua , Miss Loo's dish
 Chicken Parmigiana RM 18.50 . 

Dia kata sedap, selalu kalau tak sedap, dia selamba complaint  ngan orang kedai tu, tak sedap....Fuhhh, kali ni tak berlaku, cuma dia komplen ngan staff kat sini, apesal tak letak salad sauce, ke thousand island kat sayur tu. Payah gak ar aku nak telan sayur mentah gitu-gitu jek. huhu.




dan my favorite's Secret Recipe dish , Prawn Macaroni RM16.50.
kalau buat sendiri bagus, pastu jual mahai-mahai.


Kita orang mintak cake lepas habis makan,  sementara tu aku teman Miss Loo pergi kaunter, pilih cake untuk Miss Loo nih, sebab dia lambat sangat nak fikir, time amik order.  Ayu tinggal kat meja.

Aku pun suruhlah orang tu buat macam ni;

birthday cake dia susun atas pinggan besar, ye, kita orang bertiga, so 3 potong kek berbeza, dan ni masing-masing punya taste, boleh bagi birthday cake cam tuh?
dan , tulisan ' happy birthday ' tulis astas pinggan
lebih kurang macam ni lah kan.






Pavlova hari jadi Lyna Kamal
kat Serai Empire




Kredit gambar , Lyna Kamal dan  Adriani



Kebetulan, masa tu maghrib, so, Ayu pergi sembahyang, kita orang cakap lah kat staff Secret Recipe Nepal (Miss Loo cakap cina, sebab ingat mamat ni Cina..huhu) letak lilin semua dan bawak time Si Ayu ni balik dari sembahyang.

 Kitaorang dah habis makan semua, Ayu dah balik, kek tak sampai-sampai lagi . Lambat jugaklah ,  sampai Ayu cakap mana kek ni tak sampai-sampai. Dia expect dia balik terus ada kek dalam pinggan masing-masing, atas meja. Aku macam pura-pura, tanya , cam apesal lambat sangat semua kan, Ye lah, kek letak jelah atas piring . Dah letak, bagi jek  kat customer.

Maybe explaination aku tak betoi ka, apa ka, bila staf secert recipe pun datang kat meja bawak kek yang ditunggu-tunggu ,


dan Ayu pun ' Oh, patutlah lambat!' , terkejut dan terharu sangat (yang ni aku tambah)




 
kek birthday budget.

Walaupun aku kecewa sikit  , tak seperti yang dibayangkan , tapi okay, sebab  Ayu  suka. (padahal surprise nye kek ni susun macam ni dan ada lilin jek ..huhu)


Lalu  aku dan Miss Loo pun nyanyi 'Happy birthday' dengan volume yang rendah ..huhu






Chocolate indulgence, white dark chocolate cheese, and chocolate lava cake.

Chocolate lava tu first time makan kat sini, compare dengan Domino's punya lebih kurang, cuma Domino's punya lebih panas dan lebih manis ar cekelat cair dalam tuh. Ke sebab bergambar lebih, sampai sejuk jadinya.

Chocolate lava =RM.7.50, kalau tambah ice cream lebih kurang RM10




Ayu dan Miss Loo, (dia ni hyper, tapi dalam gambar sopan.hihi..sorry LuLu )




Tudung comot. Muka serabai-comel.
(tak yah nak buat muka pondan sangat :P),


Happy birthday Ayu, semoga bertemu apa yang dicari!



Dia Bahagia, Saya Bahagia


md :::   Lupa nak cakap ngan staf Secret Recipe Aeon Tebrau City, Terima kasih tolong jayakan surprise ini.


4 comments:

  1. Replies
    1. comel? , siapa yang comel saya ke? ahaks..time kasih (boleh x nak perasan?)

      Delete
  2. kitorang satu family jarang weh celebrate2 besday ni. hahaha. harapkan kawan2 je lah kan.

    ReplyDelete

terima kasih sudi baca :D