Monday, February 4, 2013

Namamu Iman

As salam,







 Aku ingin sekali tahu, apa sebenar mahumu.







Kau mungkin mahu tahu, siapa aku.. atau kau sebenarnya tak kisah siapa aku



 Ah, sudahlah... kau tak perlu tahu, kerana jika kau tahu, mesti kau tidak mahu menjadi dewasa seperti aku






Lebih baik kau menjadi bayi, disayangi, di tatangi, bersih tanpa dosa.
Tapi realiti harus kau ketahui, kau harus membesar, agar kau kenal usul mu.



Agar kau sedar, tanpa yang tua tiadalah yang muda.







Mengapa kau tanya? Kerana hidup ibarat roda, kau mungkin disayangi pada hari ini,


 tapi, mungkin satu hari kau akan dilupakan, jadi kau harus bersyukur dilimpahi kasih sayang sekarang,





Dianugerahi kesempurnaan sebagai seorang insan
dan semua itu, harus kau manfaatkan



Telingamu untuk mendengar perkataan-perkataan yang membawa ilmu kebaikan



Tangan untuk kau memberi dan berkongsi rezeki dan melakukan suruhan Ilahi




Dan kaki mu yang harus kau jaga agar setiap langkahmu tidak tersasar , mungkin ketika perjalanan ini, kau mungkin terpijak duri, dan jatuh ketika kau berlari,
Tapi, bangkitlah, kerana,
seberat-berat kesusahan kau, ingatlah ada lagi yang lagi susah.





Allah sentiasa bersamamu.

No comments:

Post a Comment

terima kasih sudi baca :D