INSTAGRAM

Friday, December 28, 2012

JEPUN DAN JOHOR


As salam,


Apa persamaan Johor dan Jepun?

Dua-dua start dengan,
huruf  J,
5 huruf,
Okay, tu jer.


I hari tuh,  pergi habiskan hari cuti Natal ngan kawan-kawan sekolah rendah I yang single-mingle,
Lily and Jay  (amacam macam omputih tak nama kawan aku?)


Makan sushi kat Aeon tebrau City, Johor Bahru.

Untuk pertama kalinya aku jejakkan kaki di Sushi King.



Beri Caption untuk gambar dibawah










kancil , Sebijak anda.






Green Tea Flavour (nama sebenar tak hingat). RM6.90.
 ko pernah makan sirap letak aiskrim soda dengan susu cair tak?
rasa dia dengan air aku minum kat atas ni lain gila.






Ramen apa tah pedas katanya. Langsung tak. RM13.90


mee Beras, telur rebus, sayur celur, jagung dalam tin, udang ke isi ayam, kuah (perisa aku tak tahu)



Sushi salmon mentah. RM 4 sepinggan.
Senang kahwin ngan laki Jepun nih, tak yah buat  Salmon masak asam pedas ke ,  lemak cili api ke kan...



Zanggut Zotong Jayyidah






Amacam der, lu ingat wa tak reti ke pakai chopstick , makan sushi?
Memang tak reti pun :P



Anak Jepun Cina mana yang comel sangat ni main jari jemari Lily.



Omg, aku tak sangka si Jay ni peminat no.1 aiskrim nih, hoi, aku lalu sini beratus kali tak teringin pun beli, sekali dia terus cakap wei, aku nak beli nih. 
Muke aku masa tu, macam Nora danish terkejut dah.




dan Si Lily pun beli jugak !!! aku rasa hujung-hujung jek. Rasa lemak-lemak coconut shake.
Tak tipu, rasa teh hijau lah, tawaq habiaq.



Lily beli, microwave Samsung (RM300, year end sale)  untuk mak dia, baik sangatt...kau ada munirah?.
Ni si jayyidah yang posing.




Malam kita gerak lah ke Bazar JB atau selalu orang panggil Pasar Karat.

Kat sini, baju bundle, baju yang selalu orang selalu jual blog ke facebook bersepah. Satu kilangkan..
So, yang sekarang tengah 'in' , corak tribal ngan peplum dress...
banyaklah jual, beg, kasut, baju . Bundle pun hado.



Bags



















Accessories.


















Dress















Pemain Bola sepak Jepun vs pemain bola Johor.



Pakwe I tahun 2010.
Entry I untuk dia . I love Honda.



Pakwe siapa ni? Baik ngaku cepat...




hati ku, hati mu , kini menjadi satu....




Dia tunjuk siapa ni?



 
Yang ni confirm untuk, ehem ehem.....



apa pasai ang letak pemain bolak sepak wanita Jepun nih. Aku tau ar diaorang  juara world Cup 2011.
Suka hati aku lah, belog aku, ang sibuk pasai pa?. Eh, orang lain tak cakap pa pun.



Yang mana satu, pilihan kalbu?....apa pasai gambar-gambar pemain Malaysia nih low quality, nampak gelap jek masing-masing . Camera man nih bagilah  lighting cantik , kasi handsome sikit.




Jap-jap,

sekarang apa kaitan nya nih.
Warna jersi Malaysia sama dengan Jersi Jepun. Merah, Biru Putih.
Malaysia Nike taja, Jepun adidas taja.
Safee Sali, pemain malaysia , Johor beli.
Keisuke Honda , pakwe I tahun 2010, pemain Jepun.
nampak tak kaitannya .

Tak ?!
Ok, fine, tak de kaitan.

masalahnya sekarang siapa kata ni Jersi baru Johor, sponsor, Nike, Legoland, Al-Ikhsan.
Betoi ke dak?







Ang pi lah Plaza Angsana Sabtu nih 29 Disember 2012.  
Sejak bila kau minat bola pulak nih?

update :


Ombre gitew jersy Johor dan Johor Darul takzim.
 Abaikan komen berbaur negatif.

Saturday, December 22, 2012

Sedih -sedih pergi Kenduri

As salam

Hari ini 22 .12.12 .
Kita masih bernyawa.
Walau iklan syampu Clear mengatakan dunia akan berakhir tahun 2012.
Tapi masalah ketombe tak pernah selesai.


22.12.12,
Aku bernyawa lagi ,
Menghadapi masalah kerja,
akibat kekhilafan diri, habis company rugi.
Apakan daya, Bonus mungkin tiada,
Kesilapan selalu diulangi.


Lalu, melangkah pergi ke kenduri.



Nampak tak aku penuh masalah? Kalau yang tak kenal, aku budak pakai baju biru nampak muka separuh kat belakang tuh. Belah kiri. Malu sangat sampai kena crop.



Maafkan saya dik tudung biru. Akak bersalah. Melibatkan adik dalam cerita ini
Nampak tak aku masih bersedih,
Sampai malu pengantin memandang tah kemana.



Pengantin sangat cantik. Sehingga nampak seperti watak angel dalam gambar ini.






Pasangan doktor .
Baju maxi jubah yang sangat simple tapi cantik.
Dan bertudung labuh.





Pengantin tengah melayan kanak-kanan zaman sekolahnya yang mengalirkan air mata,
 Dia orang pernah satu dorm zaman sekolah dulu,
Sekarang Pengantin menuntut ilmu perubatan di New Zealand dan kanak-kanak tuh di Mesir.
Mereka  dapat rasa current bila berdua. Current?

Aku pun hampir menangis jugak.
Mengenang nasib diri.






Tapi , pengantin siap tunjuk angpow dia dapat lagi , boleh beli kereta terus tuh.
Tak, tipu. dia tengah cover muka kanak-kanak sedih tersebut.



Suke sangat ittew dengan baju pengantin.
Ringkas, menarik, menutup aurat.
Kau mampu?


Sebab aku tak mampu,
aku cuma mengendeng tepi jek.
.




nampak sangat pengantin malu.
Lalu menutup muka.
Muka sedih aku masih terpancar.

 


Sebab pengantin pun dah segan dengan gelagat aku, aku pun blah untuk pergi ke kenduri Awie.




Eh, Bukan. Fadhli atau lebih mesra dengan panggilan Pak Li .Seorang navy. Bercinta tak tau bagaimana., didakwa berhubung menggunakan burung merpati.
 Aku teringin nak dengar dia nyanyi, lagu Awie.
Terima Kasih sayang ku ucap padamu, sambil menyelak rambut ke belakang. Menyelak?



Biasalah orang yang lahir tahun naga ngan ular nih. memang Hyper. sesetengah jek lah yang sopan macam aku. Nak baldi?




nampak tak Epy (pakai City Uolls baru kuar kedai) menjeling  Imod, orang nak amik gambar dia sibuk buat report.  Bebudak lain belum habis pantang anak pertama, anak dia dah besar dah.
Anak buah.




Nisa, kau jangan lah sedih mengenang masalah aku. Tak pe aku boleh handle.
????


 Korang nih bila nak kahwin, Aku nak feel kesat air mata nih.
Amik tisu (membayangkan detik korang menjadi bini orang)



Monday, December 17, 2012

malay village dan senibong




As salam,



kedai makan atau tempat makan memang bersepah, tetapi tak semua yang memberi kepuasan.

sama ada dari segi rasa atau suasana tempat makan tu.

kalau duit kureng, modal tak cukup, pastikan makanan yang dijual tu sedap gilos,

tapi, kalau berduit, buatlah restoran kebaboom, makanan tak seberapa


tapi, apa yang penting kedua-duanya, makanan sedap, suasana best lepas tu boleh letak dalam belog...boley gitu?

Review lah 2 tempat makan kat JB yang best (mungkinlah)




Malay Village


Suasana dia memang bagi aku best ar, ada gazebo, ataupun nak meja makan biasa dan suasana seperti dalam taman, ada bunyi air terjun,  nak bilik aircond pun boley...







Bersila bajet ayu eh, mereka nih







Posing majalah mempelam satu.
bacin okay, langsir tuh.










 Kuew teow cantonesse nih, kata Ira and Epy sedap, bagi aku sama  macam Restoran ala carte lain. 
Dalam RM8 . Salah nasib ar.




Ira punya chicken cop, portion dia agak besar selalunya, tapi Ira dapat yang kecik. Tak hingat harga dia berapa,  dalam RM16.


Epy punya lamb chop adalah dalam RM25. Masuk ngan air limau ais RM30.
Epy kata sedap. 





Jadi, makan kat Malay Village nih, Jalan Kolam Air, JB boleh dikatakan best kalau ang punya gaji besau, dan berselera besau, aku rasa kalau tolak dia punya gazebo ngan kos air terjun , makan kat Larkin okay dahh.






6 Corner Senibong.


Ada banyak kedai deret sinih. Tapi, yang menjadi pilihan , 6 corner yang ada   tag Jalan-Jalan Cari Makan, ramai orang makan kat sinih. Parking RM2 ko masuk ritu. Kawan aku kata hari lain dia masuk RM3.















 Jemput Makan. Bismillah.







Ikan siakap masak 3 rasa, kangkung belacan,udang goreng butter, to yam, air limau ais Pakej untuk dua orang RM60.

Agak sedap , dan untuk kitaorang yang makan sikit nih, seksa nak habiskan, pak kal fikir RM30 sorang. Set ni lain kali boleh untuk 4 orang makan kot.