INSTAGRAM

Monday, October 29, 2012

raya haji kitewww


As salam,



kita mulakan kisah raya haji kita dengan keindahan
makanan,















Diteruskan dengan gelagat mamee monster ...:p









ko tengok ziha, adik kau pun terkesima akan ke'monster'an kau..huhu



family aku memang sempoi, ni sepupu aku ,memg tak de ala-ala fine dining, lantak hang lah , tak da hidang-hidang beria-ia. huhu, terimalah seadanya.








kalau ada yang muda, mestilah ada yang tua. tanpa mereka, siapalah kita. Semoga, kita akan terus bersama dengan orang yang tersayang.










Budak-budak, kalau 4 tahun, ke   bawah comel lagi ar kan nak manja-manja, kang dah 5 tahun, menguji kesabaran je kerjanya.


Cerita raya haji diakhiri dengan kisah sedih, tiada gambar, sebab sedih sangat.


aku kena tukar sendiri tayar, tayar pancit kena paku,
nak jadi lebih sadis lagi, tukar tayar dengan berbaju kurung. sambil diawasi daddy (dadylah sangattt) ku yang garang.




sebab aku rasa sedih, untuk hiburkan hati, aku letak gambar yang aku rasa habis jangok dah nih..
raya aidilfitri hari tu, baju oleh jakel,
tudung oleh aidijuma tutorial .
harapan ar nak kena taja.

Monday, October 22, 2012

iman

Assalam,

My keyboard is not functioning well. So, can you imagine I am writing this post using on screen keyboard, clicking the letter one by one? Wish it is a touch screen, may be an ipad for me,  any sponsor?

so, for the time being, let's pictures tell a story.















Iman Haidar bin Ahmad Radzi .
May  you  grows  as a strong, handsome , clever  and the most  important soleh muslim .

Tuesday, October 9, 2012

Kenapa Panasonic Lumix GF5?

As salam,

Kenapa?


Sebab dia bessssssstttttttttt...

Amaran : Perkara yang ditulis dibawah adalah, pandangan peribadi, kalau ada yang terasa pedas, silalah minum air.



Pertama Kenapa Panasonic?


Kenapa bukan Sony,
Jenama yang dulunya agak 'kuat'
Paling moden, paling cantik rekabentuk dan dikatakan paling berkualiti,
Terutama telivisyen (ejaan fail ) , kamera, laptop, dan lain-lain














Sony Nex-3







Teringat dulu, kena marah dengan bapak aku, sebab mintak vaio zaman belajar kat UiTM,
masa tu RM4500 kot harga dia. Sekarang, 2K boleh dapat kot.
Padan muka , ada hati kau nak mintak,  walaupun tahu confirm tak dapat punya :P


Jawapan : Bukan Sony, sebab dah fed up , mungkin sebab, kurang percaya dekat Sony sekarang, barang dia agak mahal, tapi kualiti dia lebih kurang jek dengan jenama lain (ini pada hemat saya ye, dulu-dulu tv kat rumah Sony, lepas tu rosak, tv buruk Toshiba lagi lama tahannya, heh, kau punya handphone tu bukan Sony ke oiii )


Kenapa bukan Samsung,
Jenama dari Korea,
Yang semakin hari, makin mengukuhkan jenamanya,
Korea memang sungguh terel sekarang,
Dari segi hiburan , tidak cukup dengan K-Pop, Gangnam style muncul,
Kereta dia pun sekarang kemain , dulu aku tak pandang pun setakat Kia ngan Hyundai,
lebih percaya dengan barangan Jepun,
Barang kosmetik, fesyen, makanan dan beza-beza lain-lain.





Samsung Nx 1000






Nampaknya Hyudai Sonata ni lebih mempesona bila dilihat secara live.



Jawapan : Bukan Samsung kerana, aku agak bias dengan barangan Korea, nak brand Jepun jugak. ihiks. Haish, TV kat rumah Samsung. siapalah yang pilih nih.






Kenapa juga bukan Nikon, Olympus dan Canon,
Jenama yang tidak asing dan terbukti kualiti kameranya,
Bukan juga Pentax dan Fujifilm?


Kenapa ?






Nikon J1 ,  dulu ngidam dulu benda nih..




Pentax Q dan  Olympus EPL 3


Jawapan :
Bukan Nikon, sebab dulu suka, pastu tiba-tiba rasa macam tak best, sebab  review dia tak best, Tak tahulahkan, orang katalah kan, nikon punya DSLR memang bagus, tapi kamera kecik-kecik ni tak berapa baik. (mak aku punya kamera digital Nikon, tak tahulah mungkin dah sampai masa, dah bengong)

Bukan, Olympus sebab, dulu ada pakai kamera digital Olympus, kualiti gambar agak bagus, macro dia pun cantik, saje nak cuba jenama lain, kot yang lain lagi boleh tahan dengan keganasan aku.
tapi , biasa orang kedai memang promote gila Olympus EPL3 nih, dia ada tilt screen, tapi dia tak da touch screen, so, tolak markah di situ. Lagipun, ramai dah pakai nih. kalau tak silap, Maria Elena pakai Olympus, Fatin Suhana pun pakai Olympus.

Dan aku tak nak jadi macam masa beli handphone , kat rumah plan nak beli handphone lain, sampai kedai, kena cucuk dengan promoter/salesman terus tukar nak beli lain. Dah tu terbayang-bayang.


Bukan Pentax, sebab, dia punya publisiti agak kurang, walaupun dia memang dapat review yang baik, dan banyak kedai kamera yang tak jual Pentax, so, macam tak boleh nak tengok dari dekatlahkan, huhu, padahal, GF5 nih pun kena tempah.


Dan WHY LUMIX GF5?!!!!!




terus rasa comel,
hehe , ni paper metro 30 Sep 2012,
aku beli kamera ni 1 Oktober, tapi aku baru baca paper ni 7 Oktober ,
itupun sebab Kamilia , anak buah aku, buat alas makan .
Motif cerita?

Panasonic Lumix GF3 iaitu, model terdahulu sebelum GF, 5(GF5 versi upgrade GF3)
dapat review yang bagus, sepupu aku ada gune nih, dan aku memilih kamera ni dan bukan kompak kamera, sebab rasa macam up lah sikit dari kamera kompak kan.
Bukan DSLR sebab, DSLR besar pastu , berat, banyak kena belajar, mahal dan tak fashionable.
Aku bukannya pandai sangat gune aperture lah , ISO lah...

Ayah saya pun guna Lumix , point and shoot camera , tak tahulah model apa, kualiti gambar pun bagus.


Panasonic ?

panasonic memang jenama yang aku percayai dan ramai juga yang yakin, peti sejuk , aircond , kipas diri, mesin basuh , kat rumah adalah jenama Panasonic dan setakat nih, dia berkhidmat dengan baik walaupun aku rasa dah bertahun-tahun jugak lah dia dikerjakan dengan hebat oleh penghuni rumah . (Jangan lepas ni kau terus rosak sudah ! eyp, babap mulut) 


Beauty?

Si Kamenashi Kazuya ni, memang duta Panasonic beauty for men , aku memang suka dengan mamat Jepang ni, bekas boyfriend aku nih, setakat nih tak da pengganti lagi. ehem.





sebab berpisah; dia lagi cantik daripada aku...

dan

Nak tahu tak siapa duta Lumix  ?











Haruka Ayase . Uolls.

So?

Okay fine , tak nak tahu tak pa,
aku pun bukan kisah pun, tapi jadi excited sebab aku memang suka dia, kira girl crushlah nih, like you know, macam kagum,suka dekat  Fazura. (Orang lelaki memang tak faham ek, girl crush nih, diaorang cakap perempuan pun suka perempuan e?) 



OMG, memang dah sesuai kot, orang comel memang mempunyai minat yang sama,
Kamera yang sama,
*Memang patut korang keluarkan isi perut sekarang.


review Panasonic Lumix GF5 my version,


Lumix GF5, dia juga  art filter; one point colour, sepia, high dynamic, minature effet ,Retro.etc
Ada jugak scene yang kita boleh pilih; cool night sky, soft image, monochrome etc.

ISO and Aperture, ni aku fail, korang boleh lah set manual , kalau nak set ikut suka korang, kalau aku, aku memang pilih Auto setting jelah..


One point colour nih,
kalau set, kita satu colour contoh warna biru,
maka warna biru jelah yang berwarna dalam gambar tu, yang lain hitam putih.










Star filter ; so jika ada benda yang berkilau, so dia kan bagi effecr sparkling lah, macam amik gambar cahaya lampu ke, lilin ke, air ke ... atau..



Ampun Bos.... :D



Ni cam biasalah, Sepia




Auto setting,





banyak lagi sebenarnya, ni sebab takda event , so amik gambar muka potrait jelah...

Memang aku amik tak da seni, hehe, kalau uolls nak tahu best tak best,
uolss boleh play video kat bawah nih, sangat-sangat rekomen, selain menampilkan I sebagai model, oh perasan, Haruka Ayase sebagai model, dia simplify features yang ada kat kamera nih. Okay?!










 Sepanjang aku survey, kedai lain bagi dalam RM2399, harga yang dia state pun RM 2599.

harga aku dapat beli kat Aeon Tebrau, kedai Mee Too, sebelah Apple Store, Tingkat dua ialah dengan lens 14 mm, dan  14-42mm,  8GB memory card, card reader, bag kamera, tripod, warranty (1 year + 1) kena daftar online untuk dapat lagi setahun dan baucar print gambar.
ialah
RM2088.





Wednesday, October 3, 2012

Detik yang ditunggu telah tiba

As salam ,





sepupu saya kahwin di Klang, anak satu dah sekarang.






Akak saya dan suaminya, ketika Syawal yang lalu.





sepupu saya di rumah saya.Parit Semerah.








Bila kita mahukan sesuatu sangat-sangat,
Ucapkannya,
Mahu, semahu-mahunya,
Nak sangat-sangat
Hingga, kita menggigil bila bayangkannya.


pernah alaminya,
mestilah pernahkan.


cepat atau lambat, yang penting ,
usaha kita untuk dapatkannya,
tak kisahlah, apa yang kita nak tu,

contohlah,
kalau kita nak sangat kahwin (susah orang tak kahwin ni bajet terel nak citer pasal kawin)
duit simpanan tak seberapa,
belanja boros,
tapi bila kita nak sangat-sangat,
Kita akan kerja kuat-kuat,
simpan duit, walaupun sebelum ni, belanja tak hingat alam barzakh,
Last-last, dengan usaha kita tu, dapatlah simpan duit buat nak kahwin
Tambahan pula, dengan niat yg baik, keinginan tu dapat dimudahkan dengan pertolongan Allah.

keingan saya macam-macam, kiranya kalau kita tak dpt apa yg kita nak tu, mungkin usaha kita tak cukup kuat,
kita hanya angankan tanpa usaha menuju ke arah apa yang mahu dicapai.
Mungkin juga ushaha atau cara kerja kita ada yang silap.

so, dipendekkan  cerita,
keinginan saya yang satu ni
dah bertahun-tahun, dah,
sejak zaman sekolah lagi




 Ini adalah kisah.........

aku dan dia


bila orang ada benda  nih, saya tengok jek,
zaman filem, nak beli gak, tap
tak beli sebab tade duit,


zaman kamera digital  2MP dan  3MP dah habis hebatlah kan,
geram jek tengok (sekarang kamera phone 5MP, pandang sebelah mata jek)

zaman matrik roomate ade kamera digital 4MP, hui bestnyer ...


zaman universiti, tahun tiga, baru mak aku bagi kamera olympus (7 MP kot) dia kat aku, sebab die beli kamera lain.
mase tuh suka gila uolls . I ade kamera akhirnya,
tapi kalau dah dasar ganster parit, jatuhlah , kena air hujan lah... dah mula biol dah kamera tu ...


lepas tu laluilah zaman guna kamera phone 5MP ,
ha, cokia,NOKIA  antara cameraphone yg baik yang bantu saya rakam wajah comel ini.
dan sekarang sony xperia Neo L

pada 1 Oktober 2012,
Kisah saya dan dia bermula,







Kamera Panasonic Lumix GF5 kini menjadi milikku,


setelah 9 bulan setengah saya bekerja ,

akhirnya aku dan dia disatukan !!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah,


Kisah bersambung....