Wednesday, June 20, 2012

Saat ini

as salam,

Saat ini,

telefon genggam Cokia ku punah, gelap, langsung tak cerah
mengapa?
bukankah kau seharusnya gangster, jatuh bercalar tetap tegar  berjasa ,
mana taknya, sudah berapa kali cokia kene mandi dalam beg,
dek tumpahnya air bekal,
aku rasa hilang bila kau tiada,
bukan kerana risau putus hubungan dengan kawan,
tapi lebih kepada tiada gambar terbaruku untuk menjadi simpanan.


Saat ini,

aku mahu menjadi pelajar semula,
bosan dengan kerja?
bukan,
cuma sifat manusia lemah ini hanya mahu lari sebentar dari rutin,
rindu menjadi muda semula,
rindu mahu masuk ke kelas semula
bukan tak boleh belajar sendiri,
tapi tahu tahap kemalasan diri


Saat ini,

aku mahu lari,
lari dari mood malas ini,
aku mahu ke pantai, bosan dengan kerjaku, dan apasal ku rasa bagai dian sastrowordoyo,
bukan, tapi lebih kepada Malique, pencipta Lagu Bawaku Pergi
tapi siapa yang mahu bawa daku.
Aku  mahu bercuti.

Saat ini,
aku terbayang lagi keinginan duniaku yang tidak sudah-sudah,
aku telah tergoda mahu memiliki sepasang kasut buaya,
bukan kasut diperbuat dari kulit buaya,
lebih glamour sebagai, Crocs namanya,
tapi....


bila aku amati
telefon genggam perlu uang,
ke kelas semula perlu duit,
bercuti perlu fulus,
Crocs perlu RM..

Saat ini,
apa yang perlu aku buat renung sajalah purseku,
lihat ada berapa isinya saat ini.





agree except the MARTIAL.


motif?

saat ini, impian aku
aku nak buka kiosk Famous Amos kat Johor Bharu
.Pastu aku promote Herbalife.
Hahahahaha.
Niat jek dah tak elok, sebab tu tak kaya-kaya.

No comments:

Post a Comment

terima kasih sudi baca :D