Sunday, April 1, 2012

Steamboat dan BBQ.

As salam,

hi,

Selalu bila bila pergi ke sesuatu tempat, kita selalu akan mengadakan aktiviti food hunting, 
Jadi, saya tak kisah tempat tu tak de tempat menarik, asal ada tempat makan yang best.

Masa zaman sekolah kat Bandar Penawar, yang ceruk kemain tuh, supermarket die alahai, jek,  makanan kat kantin dah lah cepat habis dan tak berapa nak urmmmmm. mee goreng ngan sayur taugeh die macam masak taugeh bersama mee goreng, (got what I mean, taugeh lauk mee)
wateva. rezeki harus disyukuri, hidup pun sampai sekarang.

kalau nak makan best sikit, hujung minggu, order kat restoran luar melalai public phone (kot), dan dieorang akan hantar naik van, so, tunggulah reramai kat depan gate sekolah. Tunggu makanan.
Haha, alah, order nasi goreng ayam, nasi pattaya, ala carte macam tu rasa macam makan kat Serai Empire, Delicous, Manhattan Fish Market, Tony Roma's ( nama restoran yang dinyatakan semua aku tak pernah makan....makanan die :P)


Tapi, pastu bila budak dah makin ramai yang order, cikgu pun tak bagi, dia orang suruh, orang kantin masak best-best jugak, herm taulah, bebudak nih, lapar memanjang, makanan pun tak cukup stock, nak pergi sendiri outing susah, kedai pun alahhhh.... tu yang ramai budak laki  fly, sebab nak makan (positif, sambil nak makan, tu yang sinngah terbeli rokok tuh)

Kite pergi kepada isi post nih,

Wah, panjang Intro aku ,


malam hujung mingu iaitu malam tadi,
Aku bersama kawan sekolah aku, Fatma dan Tubeng  nak melepak, kenkonon nak cari tempat makan yang best lah kat johor bharu ni,



kenkonon nak jumpe kat UTM skudai, pastu aku salah masuk jalan, tetibe sampai Plaza Angsana, haha, kawan aku yang jemput aku kat Plaza Angsana...haha, dah lah memang aku malas nak drive, aku ingat diaorang nak jemput aku kat umah,... Jauh okay, nak gi Skudai tuh..



si Fatma nih kemain, aku nak gi umah kau jauh lah apelah, dia cakap Tubeng ade tempat makan steamboat lain dari stemaboat kat D'terrace yang ari tuh kami pergi,

....Rewind....


D'terrace BBQ and steamboat

kos seorang : buffet  RM20.90 (kalau tak silap)

 ni tempat sebelah dengan restoran Malay Village, Mai beauty Spa  (sebenarnya aku tak ingat jalan nak gi macammana)hehe..




 Nganga mulut aku sampai...





Bila kat Angsana, lepas buat tawaf, tak beli apa-apa, cuma bayar Parking singgit , Si Tubeng cakap tempat
 makan tu kat Taman Gaya ! LAgi Best! ( ya, nama tempat makan tuh, Lagi Best!)

OMG, Taman Gaya, tu tempat permainan aku , 10 minit pun boleh sampai dari rumah aku. Dem,

Kalau tahu awal-awal kan tak payah lah , aku keluar awal senja , nak lalu jam kat highway pasir gudang siap sesat-sesat, sampai masuk Angsana, bayar singgit,  last-last patah balik melalui jalan belit-belit balik semula jalan nak balik umah, haha, (Nampak tak ketidakpuashatiannnya , di situ!)

 Lagi Best Steamboat and BBQ

Kos  buffet seorang : RM 18.50








ikan keli, tubeng cakap ade udang hidup, tapi mase kiteorang datang, ketam tinggal kaki jek, udang semua dah mati...hahaha



Tubeng (tudung bengkok)  memang rajin memasak.
Dia pakai tudung aidijuma uolls..tengok dah tak bengkok dah tudung dia.



 fatma di gonjeng nih, gatal amik nasi, pastu tak makan,



Pada pandangan aku, kalau ikut suasana restoran, kemudahan nak amik makanan, kesenangan nak merebus, kena berdiri ke tak, kesenangan nak kawal api, kesenangan nak amik barang, aku lebih suka Dterrace BBQ and steamboat lagi best dari Lagi Best!.

Makanan yang ada lebih kurang, daging, segala bebola, ayam, udang, ikan yang dah dipotong  cuma Lagi Best, ada ikan sekor-sekor you, ketam dan udang hidup (mengikut kata tubeng)

Tapi stail BBQ disekalikan steamboat yang aku pertama kali kenal adalah di Kelantan Peace Yo !

md :::  Pencarian makanan diteruskan......


No comments:

Post a Comment

terima kasih sudi baca :D