Tuesday, February 28, 2012

masih sama

As salam,


Dahulu

ketika waktu belajar,
aku selalu buat kerja last minute, kalau buat awal pun mesti nak siap tu last minute jugak, lab report, assignment, sampai final project pun, tak tidur sampai subuh, sebab fikir terlalu mendalam..hahaha
Tak. Tipu. Bila bukak laptop, untuk buat assignment, kalau ade internet, kejap-kejap nak bukak lawan web artis Jepang kesayangan, dan laman  muka buku.
Kalau tak de internet, sanggup buka, sebelah window word, sebelah window lagi, windows media player atau vlc, untuk melihat konsert artis Jepang kesayangan. Maka, bagaimana words mahu bertambah, akibat mata tertumpu di video.

Sebenarnya, mahu nonton drama mahupun konsert, tapi sedapkan hati agar tak rasa lagha, bukalah microsoft word. :P


 Tah, bende ape yang aku buat nih dulu-dulu.

aku sentiasa berazam untuk jadi dispilin,
bangun pagi setiap hari tepat pada waktu alarm bunyi, tanpa perlu tekan butang snooze dan tangguh ke bunyi alarm seterusnya.
Tapi, selalu tewas dan seterusnya menarik selimut biru kesayangan aku.

cuma aku selalu buat pada awal waktu ialah tidur, selalu sangat tidur terbongkang awal, pastu bangun tak awal.

Azam aku tak pernah pudar hari demi hari, tahun demi tahun,

hingga aku hampir berumur 24 tahun,
Azam aku masih kekal, menjadi displin, tidak kelam kabut, dan menghantar tugasan tepat pada waktunya.

Adakah sudah terlaksana?

Bila Sales mintak sample, masih belum siap, kelam kabut hari-hari, buat color matching, lepas tu merengek, apesal aku tak terror macam senior chemist ,  buat 2 test jek terus dapat match color, aku sampai 17 kali test, 26 pun ade, apesal payah nak dapat ...

jawapannya masih sama,



Ketika dahulu,
semenjak dari kecik, baju uniform aku ialah seluar dengan t-shirt long sleeves, ni untuk keluar rumah, masuk sekolah menengah pakai baju kurung sebab dah wajib, seterusnya lahkan pakai jelah baju kurung kat u pun, nampak sopan santun , budi pekerti tinggi lah kan, tapi banyak jugak pakai tshirt yelah kan, sibuk nak berlari kat lab, kenkonon...


22 tahun.
Tudung memang dari kecil sampai ke tua, kelepet-kelepet.

pergi mengajar tadika, haruslah pakai baju kurung, giler Islamic school , tak menjaga penampilan sopan, memang kene kutuklah kan...




23 tahun.


Sekarang,

kerja kilang,
baju rasmi,

masih t-shirt dan jeans, tak perlu bergaya, sia-sia sahaja.
Pakai baju lusuh-lusuh , tak de sape heran.
memang langsung takde gaya eksekutif, yang aku angan-angankan ketika zaman remaja.


balik kejer terus jek jalan pakai baju same, sambil bergambar dengan beg shopping member.
ni jelah gambar terbaru  kat JPO arituh




hampir 24 tahun,



keserabutan

Bila dah meningkat dewasa, status facebook, kawan-kawan juga berubah dari tension dengan assignment, gambar convo, kemudian alam kerja, dan ade yang mula upload gambar tunang, dan seterusnya kahwin... mungkin tak lama lagi , kawan -kawan akan mula upload gambar anak-anak, macam sepupu saya Ziha dan Surya

Sila teka, yang mana satu, meja kitewww


 A


 B


 C



D




huhu, kalau jawab A, salah, sebab A adalah meja sepupu saya , Wani Sofwan sorang pensyarah di UiTM Kuching. Bertuahnyelah kan aku, ade bilik sendiri. Buku penuh pulak tuh.

Status:
Kalau da byk sgt keje, mcm ni la jadinya!

Siapa jawab B, juga salah, Ia adalah meja rakan sekolah saya Pravin, bekerja sebagai Mechanical Engineer di Sony Malaysia. Malu kite PC kite tak canggih, hehe.

 Status: 

Still in the office calculating how much can i save for the company..LOL 
 
Siapa , jawab C, juga salah, ia adalah milik kawan sekolah saya, Dali yang bekerja di Petronas, huhu, tapi meja dia dah kemas dah

Status :
Workstation yg bersepah kaw2 tak hengattt! Matillaaaaaa @_@
 
D?
HuHu, jawapannya adalah salah.. ni pemilik kawan saya Fatma Karimah Paiman, (dia suka google nama die sendiri :P). seorang Estimator.
Status;
Sarapan
.
 .
 .
.
 ni lah meja kitewww, officemate cakap ni tak cukup bersepah lagi lah..aku amik jelah kan, kang kalau cukup bersepah, sure, tak sempat amik gambar.
 

 

5 comments:

  1. kau special mun...kau pandai bwk diri n x nyusahkan org lain

    ReplyDelete
    Replies
    1. pandailah kau, x nyusahkan, mak aku mesti gelak kalau ckp gitu...haha

      Delete
  2. hohoho..g keje pkai sluar lusuh yg bertahun x ganti..baju sama je..dulu2 angan2 g keje pkai bju kurung high heels cun2 ngn blazer lg..mmg x lansung..hahaha..i love my job! gud luck mun

    ReplyDelete
    Replies
    1. kannn yuni, dulu nak pakai pantsuit atau skirt g kerje, make up bagai, kasut n handbag nak berganti rupenyer bagus untuk org malas iron mcm aku jeans n tshirt tudung serabai pun x per pakai jek kasut yg berabuk setipa hari....haha

      Delete
  3. ko mmg spesel..aha. apa ada pada meja. kahkah. aku rasa kdg2 best juga dpt pakai comot2 g keje, kalo cuti sem nk pakai trek suit. tapi aku comot juga g kelas, mest student aku mengata sekilo..kihkih

    ReplyDelete

terima kasih sudi baca :D