Wednesday, January 4, 2012

Menjadi bodoh bukan pilihan saya


 As Salam,

hello, 2011, adalah tahun yang mendewasakan, kenapa rase begitu sebab rasanye umur semakin bertambah , dugaan dan cabaran juga rasa makin perit .

Dan, aku juga tak boleh nak expect, 2012 adalah tahun tanpa duka lara, sebab umur lagi banyak,cabaran pasti lagi menyengat, 

Hari pertama kerja tahun 2012 dah kena marah. 

Kenapa kena marah?
sebab
  1. Kelam Kabut
  2. Lambat nak faham.
  3. Tutup drawer tak betul-betul @ buat kerja tak sempurna
  4. Lupa nak buat rutin QC   and the List goes on.
solusi
  1. Menjadi teratur, dan relaks
  2. Menjadi seorang yang mudah 'tangkap'
  3.  Menjadi perfectionist
  4. Buat QC dengan jayanya. etc


Saya memang dari dulu adalah orang yang agak blurr, maka saya agak cemburu, kepada orang yang sentiasa cool dan kerja dia sentiasa menjadi.

Andakah oarngnya.


Bak kata Afdlin dalam final MLM, kenapa dunia ni tak adil?


Drama Korea, heroinnya kelam kabut dan bodoh,  tapi orang ramai suka dia, pastu hero handsome yang sempurna kenkononya serba serbi jatuh hati kat heroin tuh.



Hakikatnya, menjadi kelam kabut dan bodoh, adalah perkara yang paling memalukan dan haremlah kan kau nak dapat lelaki handsome , pandai dan  perfect serba serbi untuk dijadikan suami.


Sebelum ni, saya tak kisah, pada saya saya born this way, sekurang-kurangnya bila kita tengok orang genius, dapat result yang bagus  tapi tak menimbulkan keseronokan pada dia, sebab tak pernah dia tak dapat seratus peratus.Maka , dia akan mencari sumber keseronokan lain seperti, dadah, pelacuran dan lain-lain (pada kes orang-orang yang lemah jiwa)


sedangkan orang yang tak berapa nak pandai, bila lulus paras-paras hidung dah suka gila, dan senyum satu Malaysia, sebab selama ni , dia tak pernah lulus.

Kepada orang yang bijak pandai, 

Menjadi tidak pandai atau lambat tangkap,
bukan pilihan saya, saya berusaha untuk memahamkan apa yang diajar, cuma saya perlu masa,
Jangan menganggap orang lain seperti anda, sebab Allah jadikan manusia ini berbeza, ada yang cepat pick up, ada yang bagus dan ada yang tidak bagus.


Saya dengan sedaya upaya saya akan cuba untuk menyimpan dalam memori apa yang patut saya buat dan buat semua dengan lancar tanpa ada yang tak sempurna.

Kadang-kadang bila cuba, habis baik pun, ada jugak yang tak kena,

semua tu menjadi pengajaran pada saya, saya cuba mengelak perkara tu terjadi, tapi, terjadi jugak

Siapa untuk disalahkan? Diri sendiri.

Berilah seseorang itu masa, semua manusia dilahirkan berbeza.



Kepada pembaca,
sila share  doa-doa nak melancarkan urusan, membuang nervous yang melampau-lampau, kelam kabut segala bagai.
dan mungkin amalan baik yang saya tertinggal atau saya perlu pergi kem mana-mana ke?


pencarian di laman maya, Tiada salahnyaa merasai kekurangan diri

Anda rasa anda hebat sekarang?


Bagus,
Itulah motifnya , ada akan rasa diri anda hebat, bila tau saya sebagai munamuni








Jangan menghina, silalah beri petua.Bagaimana mahu menjadi lebih baik?

No comments:

Post a Comment

terima kasih sudi baca :D