Tuesday, January 24, 2012

DBSB : siri 10 : Tahajjud cinta Iqtidar & Azni

As salam,

Selamat Tahun Baru Cina, Tahun Naga Air yer tahun nih, so, sebagai seorang yang lahir tahun 1988 maka ini adalah tahun kelahiran aku maka dengan itu sudah 2 kali aku menyambutnya,  tahun 2000 dan sekarang 2012, pergh, tua-tua.


Umur pun sudah 12 (binatang) x 2= 24 tahun  , maka ia adalah tahun ramaiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii yang plan nak berumah tangga.....

aku baru plan nak cari boyfriend, :P

Sedangkan orang lain dah cari masa zaman sekolah lagi tau, sekarang tinggal kahwin jer...

Orang skema mase sekolah pun dah bercinta tau,cume die orang punya cinta, cinta yang penuh hikmah
Mereka adalah Azni dan Iqtidar.

Seantero sekolah  yang pernah mengenali mereka beliau mesti akan kate sweeeeeeet nyer..



Kenapa sweet?

sweet mereka bukan kerana sang jejaka membuat kejutan dengan menaiki helikopter untuk menemui si perawan  bukan juga dengan membuat si perawan jatuh hati dengan menghadiahkan selori belon...

Tidak juga dengan menghadiahkan sejambak bunga ros kerana seorang nun jauh di United Kingdom dan seorang lagi di United States.. (Ok, kejadian yang ni aku tak tau betul ke tak)



sweet mereka mungkin pada...

Mereka adalah orang yang amat dihormati ketika zaman sekolah, sang jejaka, Iqtidar adalah Presiden Maher (Pengawas) manakala si perawan adalah Timbalan Presiden Maher...

Ok sweet tak sweet tak ? :P


kira sambil mesyuarat berbincang masalah budak-budak nakal dan  , bincang juga masa depan anak-anak  nih..huhu (gurau jek, propa tau)

Kira, masa dulu, kitaorang geng kepochi, nih pernah gak ar gosip pasal mereka berdua, tapi senyap macam tu jelah kan, sampai lah saat diaorang buat event kat faebook, Walimatulurus Azni Nabela Wahid & Iqtidar Hasanan.


Kira legendlah kan Presiden Maher dan Timbalan Presiden kahwin, huhu, memang ada sebelum ni senior-senior yang kahwin sesama mereka , tapi ni kes, orang-orang besar. Kalau tak , takkan Pengetua dan Guru Penolong kanan sanggup datangkan.

Sebagai, seorang yang dihormati, maka Iqtidar kira hot stuff, oh, bukan kerana dia selalu sikat rambut dan jalan cover macho, tapi dia ada aura yang menyebabakan semua wanita segan kat die,bila Iqtidar lalu jer terus behave seperti ustazah pilihan...haha
aku rasa aku pernah cakap dengan Iqtidar ni sekali jek kot, selama 5 tahun aku kat sana, itupun masa minta maaf mase PMR.
maklumlah dia kelas first aku ni kelas ujung-ujung..

Dan Azni, seorang anak bongsu tapi sangat matang, baik jek, pernah satu dorm dengan dia mase form 2.  Aku mase tuh, baring sebelah dia kat katil dia, last-last aku turun, sebab dia kata die tidur ganas...shhhhhhh
Tapi, sekali lagi, dia kelas first aku kelas ujungggggg.... hahaha, tak delah rapat sangat tapi die memang sangat menantu pilihan.

Mereka juga graduan luar negara okay, Si Iqtidar, sekarang keje cop duit kat Bank Negara , dulu bejajar kat City University London
dan Azni sekarang sambung Master  kat UIA dulu, degree kat  Vanderbilt University.
Dengar-dengar, Iqtidar kumpul duit sejak kat UK lagi, em, memang bolehlah nak kahwin umur 23 tahun (pengantin lelaki sambut hari jadi yg ke-23 masa hari persandingan , 22  Januari)


Sweet tak? sweet tak

Walaupun kalau ikut tahun Azni lagi tua setahun , tapi tak kisahlah kan sebab Iqtidar ni matured. kan.Yelah , kalau tak takkan jadi presiden Maher, giler jadi presiden tapi otak tak matang.

Maka , lelaki-lelaki yang berangan nak kahwin termasuk bakal suami aku, sila kumpul duit dari sekarang ya untuk masa depan, boleh kahwin muda, tak yah nak harap duit mak bapak kan....

Kira mereka sekufulah kan.

"Wanita-wanita yang keji diperuntukkan untuk lelaki yang keji. Dan lelaki yang keji diperuntukkan untuk wanita yang keji pula, dan wanita yang baik diperuntukkan bagi lelaki yang baik, dan lelaki yang baik diperuntukkan bagi waita yang baik pula." (An Nur: 26)


Makanan kat sini dari LC Catering sedap ooo, ada Nasi Arab ngan Nasi Serai, Orang yang jaga buffet tu cakap masa aku nak campur nasi serai dengan nasi arab,

  ' Boleh, tapi jangan sampai menjejaskan rasa dia.'


Tepanjat Gegirl! ,selama ni, suka hati aku lah nak campur lauk aku kan biase makan nasi campur haha.. bila dia cakap gitu terus amik nasi Arab jek..haha






Nasi serai Nisa, nasi Arab aku kecik hati.

aku nak amik gambar bebanyak pun aku segan, behave lah katakan...

Bile pergi rumah pengantin lelaki kat Perdana fairways (rumah pengantin pompuan kat Kluang tak pergi, jimat kos, hehe)

Jemputan-jemputan kat situ semua sopan-sopan, yelah kan ayah dia, Professor, mak dia Prof madya, kat UTM tu, maka, jemputan dia semua mestilah dikalangan ahli akademik, kawasan kejiranan dia pun rumah besau-besau, 3 tingkat.

maka, aku pun terpaksa menjaga tatasusila gadis melayu, kot-kot jumpe Professor mude belum kahwin ke kan .





haha, tipu, langsung tak behave..



masih tak behave

Caner nak kahwin ni, perangai tak berubah sejak zaman sekolah dulu, tengok kawan-kawan yang lain. Tubeng tu tak pe die geng adik EPI tuh.

Cikgu Ikin (Tudung Pink) dan Cikgu Hanafi (Epi) jerk yang behave, Epi malu tau berdiri sebelah perempuan, tu lah orang belajar kat luar negara makin baik , malu sikit orang kat orang study oversea nih, bila mahu berubah Cik Munirah oi.


Kepada, Iqtidar dan Azni, selamat Pengantin baru dan selamat berkasih hingga ke syurga.
Saya bangga mengenali anda sebagai rakan setingkatan . (haha, kalau pandai kan boleh cakap rakan sekelas.)


"Wahai pemuda-pemuda, sesiapa sahaja diantara kamu yang berkemampuan untuk berkahwin, maka berkahwinlah kerana dengan berkahwin dapat menundukkan pandangan dan menjaga kehormatan diri"


(Riwayat Al-Bukhari)

Aku tahu ramai batch aku, yang bercinta sesama sendiri, mak suke.Bila nak kahwin?. Tak sabar nak buat list pasangan pengantin Dragons Odyssey

2 comments:

  1. Selamat pengantin baru
    Buat si pengantin
    selamat memburu buat cik punya blog

    ReplyDelete

terima kasih sudi baca :D