INSTAGRAM

Saturday, January 28, 2012

Pergi Oversea dengan hanya RM122.

As salam,


Video dah berzaman, May 2011,hehe, ... so, apa yang ada dalam video tu mungkin  dah berubah untuk sekarang! hehehe! Bangkok Best! So, entri pasal Bangkok kat sini, kalau rajin nak baca kan, alang-alang tu  klik je lah kan SINI






nak pergi singapura petang nih, jalan-jalan cari makan, ye lah nak cop lah pasport tuh kosong jek kan, ade satu jek cop thailand. Muahahaha. Tu yang bawak 50 SD jek.

Sebelum tu, layan Donut dulu


Jemput-jemput

Tuesday, January 24, 2012

DBSB : siri 10 : Tahajjud cinta Iqtidar & Azni

As salam,

Selamat Tahun Baru Cina, Tahun Naga Air yer tahun nih, so, sebagai seorang yang lahir tahun 1988 maka ini adalah tahun kelahiran aku maka dengan itu sudah 2 kali aku menyambutnya,  tahun 2000 dan sekarang 2012, pergh, tua-tua.


Umur pun sudah 12 (binatang) x 2= 24 tahun  , maka ia adalah tahun ramaiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii yang plan nak berumah tangga.....

aku baru plan nak cari boyfriend, :P

Sedangkan orang lain dah cari masa zaman sekolah lagi tau, sekarang tinggal kahwin jer...

Orang skema mase sekolah pun dah bercinta tau,cume die orang punya cinta, cinta yang penuh hikmah
Mereka adalah Azni dan Iqtidar.

Seantero sekolah  yang pernah mengenali mereka beliau mesti akan kate sweeeeeeet nyer..



Kenapa sweet?

sweet mereka bukan kerana sang jejaka membuat kejutan dengan menaiki helikopter untuk menemui si perawan  bukan juga dengan membuat si perawan jatuh hati dengan menghadiahkan selori belon...

Tidak juga dengan menghadiahkan sejambak bunga ros kerana seorang nun jauh di United Kingdom dan seorang lagi di United States.. (Ok, kejadian yang ni aku tak tau betul ke tak)



sweet mereka mungkin pada...

Mereka adalah orang yang amat dihormati ketika zaman sekolah, sang jejaka, Iqtidar adalah Presiden Maher (Pengawas) manakala si perawan adalah Timbalan Presiden Maher...

Ok sweet tak sweet tak ? :P


kira sambil mesyuarat berbincang masalah budak-budak nakal dan  , bincang juga masa depan anak-anak  nih..huhu (gurau jek, propa tau)

Kira, masa dulu, kitaorang geng kepochi, nih pernah gak ar gosip pasal mereka berdua, tapi senyap macam tu jelah kan, sampai lah saat diaorang buat event kat faebook, Walimatulurus Azni Nabela Wahid & Iqtidar Hasanan.


Kira legendlah kan Presiden Maher dan Timbalan Presiden kahwin, huhu, memang ada sebelum ni senior-senior yang kahwin sesama mereka , tapi ni kes, orang-orang besar. Kalau tak , takkan Pengetua dan Guru Penolong kanan sanggup datangkan.

Sebagai, seorang yang dihormati, maka Iqtidar kira hot stuff, oh, bukan kerana dia selalu sikat rambut dan jalan cover macho, tapi dia ada aura yang menyebabakan semua wanita segan kat die,bila Iqtidar lalu jer terus behave seperti ustazah pilihan...haha
aku rasa aku pernah cakap dengan Iqtidar ni sekali jek kot, selama 5 tahun aku kat sana, itupun masa minta maaf mase PMR.
maklumlah dia kelas first aku ni kelas ujung-ujung..

Dan Azni, seorang anak bongsu tapi sangat matang, baik jek, pernah satu dorm dengan dia mase form 2.  Aku mase tuh, baring sebelah dia kat katil dia, last-last aku turun, sebab dia kata die tidur ganas...shhhhhhh
Tapi, sekali lagi, dia kelas first aku kelas ujungggggg.... hahaha, tak delah rapat sangat tapi die memang sangat menantu pilihan.

Mereka juga graduan luar negara okay, Si Iqtidar, sekarang keje cop duit kat Bank Negara , dulu bejajar kat City University London
dan Azni sekarang sambung Master  kat UIA dulu, degree kat  Vanderbilt University.
Dengar-dengar, Iqtidar kumpul duit sejak kat UK lagi, em, memang bolehlah nak kahwin umur 23 tahun (pengantin lelaki sambut hari jadi yg ke-23 masa hari persandingan , 22  Januari)


Sweet tak? sweet tak

Walaupun kalau ikut tahun Azni lagi tua setahun , tapi tak kisahlah kan sebab Iqtidar ni matured. kan.Yelah , kalau tak takkan jadi presiden Maher, giler jadi presiden tapi otak tak matang.

Maka , lelaki-lelaki yang berangan nak kahwin termasuk bakal suami aku, sila kumpul duit dari sekarang ya untuk masa depan, boleh kahwin muda, tak yah nak harap duit mak bapak kan....

Kira mereka sekufulah kan.

"Wanita-wanita yang keji diperuntukkan untuk lelaki yang keji. Dan lelaki yang keji diperuntukkan untuk wanita yang keji pula, dan wanita yang baik diperuntukkan bagi lelaki yang baik, dan lelaki yang baik diperuntukkan bagi waita yang baik pula." (An Nur: 26)


Makanan kat sini dari LC Catering sedap ooo, ada Nasi Arab ngan Nasi Serai, Orang yang jaga buffet tu cakap masa aku nak campur nasi serai dengan nasi arab,

  ' Boleh, tapi jangan sampai menjejaskan rasa dia.'


Tepanjat Gegirl! ,selama ni, suka hati aku lah nak campur lauk aku kan biase makan nasi campur haha.. bila dia cakap gitu terus amik nasi Arab jek..haha






Nasi serai Nisa, nasi Arab aku kecik hati.

aku nak amik gambar bebanyak pun aku segan, behave lah katakan...

Bile pergi rumah pengantin lelaki kat Perdana fairways (rumah pengantin pompuan kat Kluang tak pergi, jimat kos, hehe)

Jemputan-jemputan kat situ semua sopan-sopan, yelah kan ayah dia, Professor, mak dia Prof madya, kat UTM tu, maka, jemputan dia semua mestilah dikalangan ahli akademik, kawasan kejiranan dia pun rumah besau-besau, 3 tingkat.

maka, aku pun terpaksa menjaga tatasusila gadis melayu, kot-kot jumpe Professor mude belum kahwin ke kan .





haha, tipu, langsung tak behave..



masih tak behave

Caner nak kahwin ni, perangai tak berubah sejak zaman sekolah dulu, tengok kawan-kawan yang lain. Tubeng tu tak pe die geng adik EPI tuh.

Cikgu Ikin (Tudung Pink) dan Cikgu Hanafi (Epi) jerk yang behave, Epi malu tau berdiri sebelah perempuan, tu lah orang belajar kat luar negara makin baik , malu sikit orang kat orang study oversea nih, bila mahu berubah Cik Munirah oi.


Kepada, Iqtidar dan Azni, selamat Pengantin baru dan selamat berkasih hingga ke syurga.
Saya bangga mengenali anda sebagai rakan setingkatan . (haha, kalau pandai kan boleh cakap rakan sekelas.)


"Wahai pemuda-pemuda, sesiapa sahaja diantara kamu yang berkemampuan untuk berkahwin, maka berkahwinlah kerana dengan berkahwin dapat menundukkan pandangan dan menjaga kehormatan diri"


(Riwayat Al-Bukhari)

Aku tahu ramai batch aku, yang bercinta sesama sendiri, mak suke.Bila nak kahwin?. Tak sabar nak buat list pasangan pengantin Dragons Odyssey

Tuesday, January 17, 2012

Tak boleh tak fikir pasal price tag

As salam

Manusia biasa akan selalu pening masalah duit
Indah hidup ini kan bila tak payah perlu fikir pasal duit
Yang konon-konon kaya tak payah fikir nak menambah kekayaan,
Yang kurang duit, tak payah fikir mana nak cekau duit nak bayar duit topup, bil, hutang.
Kira sama jek, miskin ke kaya tetap selalu fikir pasal duit.

Kaya yang sebenarnya bukan dinilai berapa banyak yang duit , atau aset yang ada
tapi kaya itu ialah bila kita rasa cukup dan tak bergantung pada sesuatu.
Misalnya, orang tu pendapatan RM2K, rumah yang sederhana, kereta yang sederhana, tapi dia rasa cukup dan duit dia siap boleh sedekahkan kat orang banjir lagi.

sedangkan orang gaji 20K, tapi dia rasa kereta Alphard die tak cukup, dia rasa kereta Jaguar lagi best, pastu rumah semiD harga RM600K tak cukup , dia rasa dia kene beli banglo kat seksyen 7 shah alam, harga 7 juta ( motif? seksyen 7)
Kalau dia derma nanti, habislah duit dia, tak boleh nak beli banglo.


Dan , aku tergolong sebagai manusia biasa yang rasa duit sentiasa jadi beban kat kepala hotak aku, yang macam tak cukup Omega 3 nih,

Baru nak mulakan hidup,




tersadai di bahu jalan.


Kancil tah berapa generasi, nih makan riburiban nak betulkan dia, pergh...kalau kumpul-kumpul nih boleh beli MYVI extreme sejibik.tipu.





Tambahan pula, niat hati angan-angankan sebuah kamera untuk menangkap gambar kahwin kawan-kawan dan mungkin sepupu sepapat yang masing-masing hormon perkahwinan tu sudah selayaknya merembes (maaf, fail biologi!) juga musnah.





Bila nak kenduri kahwin ni, mulalah rasa nak beli baju baru, nak pakai tudung siti macam Nora Danish dalam Tentang Dhia,




Gambar tudung siti takde, tudung sekolah pun jadilah..hehe




Pastu mesti rasa jerawat degil kat muka ni nak ditutup dengan BB cream agar muka sehalus Lisa Surihani, yang menyebabkan Yusry jatuh hati berkali-kali.




tak pun macam Fazura, kot-kot ada Putera Raja terpikat:P




Nafsu makan apetah lagi, tengah pening fikir gaji yang sudah menjadi negatif walaupun gaji tak keluar lagi, teringin pulak makan macam-macam,
Dengar iklan Domino's teringin nak makan domino's

Lalu depan Cool Blog, rasa nak makan Oreo blog yang siap dengan Pearl ngan ice cream sekali,




Office mate pulak rasa nak makan tutti frutti, terasa kat tekak nilak tutti frutti,

tengok gambar blueberry cheese cake kat facebook, surf pulak laman web secret recipe.. aduissssssshhhh




Tetibe pulak rasa nak makan honey star, pergi kedai lepas lunch untuk beli honeystar, tapi siap rembat sekali biskut kering Hup Seng...
Aduish.....




memang masalah lah hotak kau nih..

Tapi-tapi, bos baik hati bagi semua staff sekotak limau, tak delah sadis sangat ratah Lady's Choice begitu sahaja, malam-malam.


Alhamdulillah,bersyukur dengan apa yang ada.

md ::: officemate ajak gi Singapura pulak.

Thursday, January 12, 2012

Kelantan Peace Yo!

As salam,

Dah berzaman pergi Kelantan , baru nak cerita, maklumlah dulu kita tak da jalur lebar, jadi perasaan nak blog pasal Kelantan tersangatlah membuak-buak.
Kira kalau tak blog pasal Kelantan , rase tidur tak lenalah.


Okay, Kelantan memang best, manusia nya ramah tamah, ya,  Mak cik-mak cik selalu ajak datang rumah, dan diaorang bukan ajak-ajak ayam, padahal bukan rapat pun.Dulu selalu fikir, lelaki Kelantan ni menyampahkan, tapi oh tidak langsung, diaorang memang peramah, dan suka menegur. Semulajadi.
Cuma sumber air dekat Kelantan tak berapa best, kebanyakkan penduduk Kelantan gune air perigi, sebab air gune khidmat syarikat air selalu tak de.

Tuan rumah yang sangat best, Auntie Rohaya, Pak Cik Zul dan Zahin. Sungguh awesome.

Kenapa awesome?


Auntie balik keje terus masak, (kenapa, aku tak boleh macamtu, nak masak air untuk diri sendiri pun malas),
Rumah dikelilingi pokok dokong.
Baking!

 muffin coklat cip



 Kek Lobak (Gunakanlah bahasa Kebangsaan kita)


 

Brownies ( brownies dalam bahasa melayu nak cakap camna ek?! :P) Marble dengan coklat dan keju.
Zahin dan Auntie Rohaya memang rajin , ade lagi , kek coklat dengan kek span oren bersama coklat ganache. Zahin pun ada buat tat nanas, sodap.


Makanan di Kelantan

Restoran Cikgu

 Antara tempat makan yang wajib hadir ya, bila ke Kelantan ialah nasi ulam Cikgu, kat Kota Bharu, tempat ni amatlah famous amous, kalau tak takkan sampai masuk Jalan-jalan cari Makan, Kelass kau Cikgu Hamid! Tempat ni untuk makan tengah hari di kampung kraftangan, berdekatan dengan Pasar Siti Khadijah.





Pilihlah ulam apa yang kau nak makan, pegaga, kacang botol, ulam raja, tah aku pun tak ingat nama die.







  


  



 



Ikan keli die tak muat pinggan, mak rangup nyer... ditambah bersama budu, sambal belacan dengan tempoyak ...fuhhhhhh ..(kesat air liur)


 Famous blogger , Herbalifer, Joe, sengih market ...sorang sekor ha amik ikan keli, tu saper punya ulam lah  tuh, sekati .



Motif? Apakah?


Chim Chum

I love steamboat!  Chim chum ini steamboat Thai , srugghgh ( telan air liur).


 Ni Aishah tengah bakar daging yang diperam enak!, (Menahan air liur bertakung)




Bayar RM 19 seorang  , kalau tak silap, maklumlah dah lame, buffet, boleh amik berape banyak yang nak amik, ade udang, daging, sayuran, makanan laut sejuk beku yang lain macam steamboat yang biasa. Ada laksam, laksa Kelantan, Abc, dan ade lagi ape tah.


Laksam, my peberet.

Kebanyakan tempat makan yang lain kat Kelantan biasenye same, nasi kak wok ke,  nasi kukus dengan ayam, kuah gulai dan tak da sayur, cume ade timun.


Pasar


serius aku lupe name pasar nih

Kite timbang orang kat sini, haha pastu pergi rumah Yuni kat Kuala Krai


Pemegang banner..huhu















etok-etok kaum kerabat hidupan laut bercengkerang, kepah,ke, lala ke, pertama kali makan , mintak cik Aishah punya.

Pasar Siti Khadijah

Sape datang Kelantan tapi tak pergi Pasar Siti Kahdijah maksudnya belum peegi Kelantan lah tu.


serunding, seperti biase


kain baju, tudung bawal seperti biasa

  sudut fofuler pasar siti kahdijah

 Kuih ni aku lupa name die , tapi sedap, die inti kastard.


Kuih muih, superb banyak kat sini.


Wakaf Che Yeh


 Biase lah kat sini banyak baju, tudung, kaset lagu Thai, Kelantan pun ade .


Aishah dan Zahin suka betul sate ikan nih. 

 Standard lah sebagai negeri kelantan yang terkenal dengan gelaran serambi Mekah , maka semua iklan,  model wanita kena pakai tudung litup, Fafau buat iklan Hotfm pun sopan je ar pakai tudung , Rozita Che wan lagi ayu buat iklan Safi Balqis, dan semua board ade tulisan Jawi disamping tulisan rumi.




Kat rumah Yuni kat Kuala Krai, memang superb, die buat kerabu, pergh, pakkal jek aku mempunyai nilai kesopanan yang agak tinggi, kalau tak aku suruh Yuni buat semangkuk lagi untuk aku tapau. Sambal melaka , daging goreng perghhhhhhhhhh.....

Sebelum



dan


Selepas
dapat tak maksud aku betapa sedapnye masakan Ayuni. (kipas-kipas)


Pantai kat Kelantan tak boleh mandi ...

tapi sebab Cik Aishah nak pergi gak kita gilah


Moon Light Beach


 Pantai Cahaya Bulan


Saranghae ^__^

Terima Kasih kepada tuan Rumah Zahin , Auntie Rohaya, dan Pak Cik Zul.
 Hanya Allah dapat membalas jasa kalian.;)

Letak muka comel Zahin :D


btw, aku first time derma darah juga di Kelantan, kat IPG kota Bharu.
serius tak sakit! cam kene gigit semut jek.(dapat makan nasi lemak free)


md: kamera phone nokia E5 ni  banyak berjasa. Cam nak usha Kamera.