Tuesday, July 27, 2010

"GREAT MOMENT WITH PARENT" contest by Sachi-Asukai

As salam

Tak kisahlah blog berapa ramai orang  bace pun , asal jangan ada dalam ramai-ramai tu seorang ahli kerabat yang baca , kalau sepupu sepapat , nenek saudara tiri ke boleh tahan lagi, (in case kalau tak kutuk diaoranglah dalam blog)

Tapi, bila orang yang kalau boleh paling last lah yang tahu kat dunia pasal blog ni ialah


emak dan ayah



Dan pagi semalam, emak aku terbuka aku nye blog


(Terkisima)


Bukan lah ade  baur-baur kutukan pun dalam blog ni . Tapi bila ada luahan jiwa seperti ini  buat aku  tersiput-siput malu.

Oleh itu,  bila pertandingan " Great moment with Parents" muncul yang diwujudkan oleh Sachi-Asukai dengan syarat-syarat seperti di Sini



Maka, saya cepat-cepat mahu menyertainya
 agar bila emak saya ter buka lagi blog ni, dia dengan senang hatinya membeli jajan untuk saya jika pergi ke Giant bersama-sama. Ok, tipu.. gila bermotif ko ni.

Ok, great moment saya ialah





























Saya bersama emak saya dalam bas ke  Muor.


 Sebab saya suka gambar ni

Emak dan saya pakai baju hijau sama-sama, mak dan saya kelihatan mesra-mesra kucing seperti adik beradik.

Jangan tanya mana aku mana mak aku pulak. Ya, saya  sensitif bila penyataan-penyataan yang melibatkan seperti

"Eh, cikgu, anak ke, lah ingat adik tadi."

atau

"Mbah Iman sebenarnya Acu"


Maka, aku taklah nak bagi penampar jepun kat orang yang cakap tu.
Tapi , jauh dalam sudut hati , aku tak boleh lari dari kenyataan tu mak aku adalah orang yang melahirkan aku, dan ini bukanlah pilihan, maka bila melihat mak aku, itulah aku.


Sebab saya sayang ibu bapa saya.

Saya tak perlu sebab untuk sayang ibu bapa saya.Perasaan tu terus ada secara automatik sejak dalam kandungan lagi.ahakz.

dan menambah kecintaan terhadap ibu bapa saya ialah


Emak

mana mungkin saya tak sayang mak saya, kalau dia banyak putus saraf masa meneran saya suruh keluar.

mana mungkin saya tak sayang mak saya, kalau dia yang selalu nyanyi merdu kat telinga dengan tajuk lagu basuh baju, basuh kereta atau sapu sampah.

mana mungkin saya tak sayang mak saya,  kalau dia sanggup tengok manusia sihat walafiat dan besar panjang serta sedikit kurang rajin kat rumah sentiasa. (dan membeli munchy`s music nuss)


Ayah

Mana mungkin saya tak sayang ayah saya, kalau dia tak dapat balik sebab kerja kat Perak masa saya lahir sebab tak de telefon. (rasa tua semakin menjadi-jadi)

Mana mungkin saya tak sayang ayah saya, kalau dia yang iqamah kan saya masa baby lepas balik dari Perak ( Pak Long iqamah aku masa aku baru lahir)

Mana mungkin saya tak sayang ayah saya, kalau dia yang tanggung persekolahan saya  hingga ke universiti lalu bekerja sampai sekarang sebab nak tanggung anak dia yang sihat walafiat dan besar panjang kat rumah.


Saya tag, Cik Paro, Zalikha, Izen. Sila lahirkan rasa kecintaan anda kepada ibu bapa.

Tarikh tutup penyertaan: 31 Ogos 2010. Sila klik sini untuk maklumat lanjut.

2 comments:

  1. hubungan mesra seorng anak dgn ibunyer..
    hehe..manje..hak3

    ReplyDelete
  2. Anep, tak de maknenyer manje...kalo dalam gambar haruslah bermanja-manja ..huhu

    ReplyDelete

terima kasih sudi baca :D