Wednesday, June 30, 2010

I love honda

As Salam

Honda has build a strong influence in the arena of machinery ..





A machine called  car...many models that  have been produced by Honda and one of them is...
Honda Jazz..oh so cool , has a lot of girl fans
including me... So, for dowry, Honda Jazz satu!...not  Pallas Jazz...
hehe..Ok, but actually this is not the Honda that I love right now...

how about ASIMO, the new era of pet , without poops that always been left every where, which also created by honda...

oh, this is not my favourite, for me, it is better to has a mute and stiff cactus than this thing..
(for the time being lah) .. If the technology has been improved with a toilet cleaning skill or stubborn dust cleaning technology especially on the carpet...maybe I consider to buy or ....maybe not , if I can persuade my mom to buy it ...wakakka.

the HONDA that I love right now is ......(drum roll)










ok, find.. no more Asian representative go to the quarter final of world cup..so Japan was just joining the other colonial of Tanah Melayu ,England and Portugal and left Netherlands that still in the game and will meet Brazil in this Friday.. and for sure they will defeated by Brazil....
  ok whatever it is, I simply attracted to the coolness of this human machine


the man with the golden eyebrows

like said by  the soccer commentator of the match of  Paraguay vs Japan
but in that picture, he was not dyed his eyebrow yet...hehhe



md::: nak letak gambar motor Honda kapcai abang..tapi malas nak amik gambar


Wednesday, June 23, 2010

emergency

As salam,

bila sudah dok bergoyang kaki dekat rumah tanpa ade hasil pelaburan seperti amanah saham bumiputera mahupun amanah saham wawasan   2020.... yang ada hanyalah pelaburan dekat rumah kecik.

Tiba-tiba....

ada keinginan dalam hati membuak-buak untuk pergi berjumpa kawan-kawan, bila nak jumpa kawan-kawan tu, standard mestilah melakukan aktiviti menghabis duitkan..
tengok wayang, main bowling, makan-makan dan shopping.. (tapi saya tak buat semua tu..=P)

boleh tak kalau habiskan masa-masa bersama kawan-kawan yang dah lama tak jumpa dengan melawat rumah anak yatim ker,  berkebun ker, masak maggi takpun Pama same-same ker (singgit kot sebungkus)

Tapi tu macam tidak mungkin, lalu, korek-koreklah lombong duit simpanan dalam tabung,... (duit kat bank ayah dah tak masukkan duit lagi sebab dah habis belajar ( tapi orang tak kerje lagi..waaaa))...




 dapat mase umur 21 tahun...

dalam jangka masa setahun nampaknya tabung ni tak penuh-penuh..bila nak penuh jek, kena korek sebab nak basuh baju guna mesin..
 lalu nak cari duit tambahan dari emak, seperti membasuh kereta, dan kemas rumah alamatnya memang taklah....



tengok budak ni , umur 8 tahun ..tah r (yang penting skolah rendah lagilah) dia tolong bapak dia berniaga kat depan kedai Haji Ismail Group kat Langkawi.....bekas air gula lagi tinggi kot dari dia ...

malulah sikit oi ngan budak tu......

maka dengan itu.....







ok, tipu.....

md ::: pengajarannya, dispinkan masa belajar  tu kumpul duit....kalo emergency senang...jangan ikut nafsu jek kejenye, dah lepas dah pun..
md :::penyelesainya,  kena buat baik dengan mak sepanjang minggu ni...hahahha
md ::: pembetulan, haruslah disertakan dengan niat yang ikhlas..

Friday, June 18, 2010

hadiah tahun ini daripada orang yang sudi harus dihargai

As salam

saya suka hadiah (siapa pulak yang tak suka ).
tapi keliatan memang tebal untuk memberi orang lain hadiah
sebab tu tak kisah orang tak bagi hadiah.
melampaulah pulak kan kalau nak hadiah tapi taknak bagi orang lain hadiah

dan bila orang lain bagi , haruslah dihargai.....

ibarat kebun bunga, haruslah dibajai selalu barulah tidak layu...seperti haruman untukku
agar bau peluh kurang dihidu, ...biarpun selepas mandi...=P




bila sudah wangi, gaya mesti dilengkapi dengan pemberian eksklusif sahabat sejati, beg tangan-yang- harem- aku- tak- penah- nak- pakai bagi menyedarkan diri untuk mengisi wang gaji nanti.



 barulah ingatan terhadap teman sejati akan tegar bak cengkerang siput sedut, lebih-lebih lagi bila digosok setiap hari dengan ubat gigi berkalsium tinggi (eh, merepek).


walaupun kita kurang gemar kepada hadiah tu, tidak harus dibiar lesu (jujur gila tak suka anak patung), kerana mungkin anak buah kita akan gemar...(perhatian kepada kamelia iman!)

md::::  hadiah yang tak ku letak di sini tak bermakna tak dihargai...terima kasih kepada yang sudi....    moga sentiasa diberkati duniawi dan ukhrawi


Tuesday, June 15, 2010

kurang kerja cari kerja

As salam


bila kurang kerja kita cari kerja walaupun sebenarnya banyak kerja yang boleh dibuat.
Tapi sebab , kurang rajin berminat maka buatlah kerja sebegini,

SAPU SAMPAH





ape hubungan lak dengan gambar cicak ni?



cari kerja dengan sapu sampah lepastu jumpa cicak mati belakang kerusi, inilah yang terjadi bila jarang-jarang kemas rumah ..kejung dah ar cicak ni, tinggal kuar bau bangkai jek.

KACAU ORANG


ni kamelia tengah tidur ..ade gak gambar mbah yot (moyang) budak ni tidur.. tapi takkan nak letak..ade aku kene kang.. tapi kalau budak ni caner lak, tak pe die mesti cool punya

kalau ambil gambar dia tengah dalam jamban tandas caner? dia marah tak




dia senyum jek =D




  macam gambar ni dia comot makan kerepek pisang (pisang!) tapi dia maintain senyum jek bila aku amik gambar. kiranya dia tak bolehlah marah bila dah besar nanti (kalau dia tahulah kewujudan blog ni)..kesian kan jadik budak kecik..

TANGKAP GAMBAR MAKANAN

walaupun takda lah istimewa sangat makanan tu takdelah cop ayam mahun steak ataupun lobster ...dekat The ship ke, Delicous ke, The Apartment tah mane-mane lagi tempat makan yang aku tak pernah pergi kan. tapi tetap jugak nak cari kerja dengan mentangkap gambarnya


   
istimewakan...pisang tanduk, cekodok pisang, pisang nangka (Pisang forever) kot tapi memang gelaplah kan warnanya versi Return to Africa 2010
kurang kerja saya diteruskan lagi dengan
MAIN MASAK-MASAK



 ya, aku tau agak pelik ya aku masak,(ikut pusingan jam dari kiri atas, jeli Peach, puding karamel (aku tau takda rupa pun)  dengan sayur bendi).
Oleh itu, kesianlah dekat saya dan bagi saya kerja bergaji ya..

 md::: rezeki setiap manusia tu berbeza-beza , begitu juga ujian, sama ada diberi kesenangan mahupun kesusahan.

Monday, June 14, 2010

kanak-kanak muda belia

As salam

semua orang nak kekal muda (ke aku jek) walaupun sebenarnya KITA TAKKAN PERNAH TUA...

lebih-lebih lagi bila kita kawan dengan orang-orang muda, jadi kita terasa muda sentiasa.....

contohnya bermain tanah liat dan membuat bentuk ular selain karipap dan donat





maka The ImanS (pasangan adik beradik bermata galak) akan suke bermain dengan ular daun hijau





Iman Alif mata galak besar



kamilia Iman  muka berfikir..


punye nak feel menjadi kanak-kanak , jadik frame gambar kengkonon ceria

bersahabat dengan kanak-kanak membuat hati rasa gembira 


hingga memaksa Iman menulis ACU COOL kat lukisan spiderman die  tapi die tulis KOOL

lepas tu rembat krayon iman dan buat kepala blog, kengkonon juga untuk rasa seperti kanak-kanak, tanpa memikir pasal duit yang sentiasa tak cukup....

tapi sedih bila mengenangkan selalu kena marah sebab main air, ngompol kat atas tilam dan kena paksa mandi..

jadi eloklah menjadi dewasa

sedarlah wahai diri, zaman kau sudah berlalu... Pergi cari KERJA

md ::: usia hanya sekadar angka

Wednesday, June 2, 2010

kelas pertama

As salam

kelas pertama? pernah tak dapat kelas pertama..?

saya pernah...huhu

kelas 4 merah dulu ke...owh bukan kelas pertama yang diduduki dari darjah 4 sampai darjah 6 ..

bukan jugak kelas 5 baiduri , kelas pertama kat sekolah menengah yang nak lalu tu pun takut, apetah lagi nak masuk, dan menjadi ahlinya (owh, sebab tu masuk kelas 5 nilam, eh, tu kelas ke lima a.k.a last..)

kalau macam tu adekah kelas pertama Sarjana muda dengan kepujian Kimia Gunaan...owh, itu juga bukan......(eh, tetibe takut seyh result pekse yang,...eh, takutlah)

erm....kelas pertama eh cam pelik lak first class flight ke yang kerusi die cam leh buat katil tu...oh, yang aku cume dapat tengok kat gambar 

yelah.. naik kelas pertama kereta api tanah melayu jerk..hehe

kelas T ok, yg ade kabin sendiri..eh jakun ke aku..tak  kisah lah..
sebab best wei. harga tiket die lebih kurang RM114 dr alor setar ke Gemas, tambah sikt lagi hrga tiket firefly dari subang ke kepala batas..


sebab aku syok sendiri + jakun nye pasal ..bergambarlah dalam bilk tu heh


ade sinki ngan cermin sendiri....dapat sabun may 2 ketul ade tisu pastu rembat masuk dalam beg..huhu
muatlahkan nak angkut 5 beg baju termasuk printer dan pinggan mangkuk yang dibeli kat langkawi..kabin ade pintu boleh kunci..bolehlah tidur dengan lena tanpa memeluk/meriba beg laptop seperti perjalanan 12 jam dalam bas Cepat Perlis-Pontian




ade meja kat sebelah tu , sambil makan pasembor bersama ibunda, tanpa dilihat penumpang lain..takyah rasa bersalahkan sebab tak offer...


kelihatan sungguh teruja manusia ini yer..

seyes sejuk...okeh dalam nih..jadi terima kasih kepada selimut berbulu ktm..
penumpang kelas pertama ni dapat sebotol air mineral ngan muffin sebijik , bolehlah buat sarapan kot-kot tak de bawak bekal seperti pasemborkan...

eh, cam nak masuk beg lak selimut berbulu ktm ni



ktm, bile nak ade kereta api pantas ni
penatlah tunggu ko ni. tau tak janji 6.30 petang sampai gelap ar aku tungu ko, pukul 8 baru leh naik..



ok,sedar.... aku bukan superstar...

ok, itulah pengalaman kelas pertama saya...selain kelas pertama masa tahap 2 kat sekolah rendah..huhu

md ::::  macam teruja sendiri aku ni ..tak pe yang penting aku bahagia...
md :::: susah gak tak de duit poket nih..nak kerje ape ek..